Terlebih Manja! Kucing Ini Hanya Mahu Tidur Atas Katilnya Jika Dipanaskan Dalam 'Dryer' Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita

Terlebih Manja! Kucing Ini Hanya Mahu Tidur Atas Katilnya Jika Dipanaskan Dalam ‘Dryer’

Share
Kucing Manja

Umum mengetahui bahawa kucing sememangnya sukakan haba kerana suhu badan mereka yang lebih tinggi.

Disebabkan itu kucing suka berada di kawasan-kawasan yang kita rasakan aneh seperti di belakang almari, di bawah sofa, di celah rak dan lain-lain lagi kawasan yang tersembunyi.

Begitu juga dengan seekor kucing ini yang popular setelah videonya tular di TikTok.

Kucing yang bernama Milo ini mempunyai satu permintaan yang ‘pelik’ setiap kali sebelum ia mahu tidur di katilnya.

Menurut tuannya, Erika, Milo akan memintanya untuk memanaskan katilnya terlebih dahulu di dalam mesin pengering, jika tidak ia tidak mahu tidur di atas katilnya itu.

Seorang netizen mencadangkan supaya Erika melakukan ‘prank‘ kepada Milo dengan meletakkan katilnya ke dalam mesin pengering tanpa menghidupkan suis dan melihat apa reaksi Milo.

Ternyata Milo tahu dan berasa pelik kerana katilnya tidak terasa panas dan meminta Erika memanaskan katilnya sekali lagi.

Seorang netizen lain meminta Erika memanaskan katil Milo kemudian duduk di atasnya.

Milo seperti bengang dan merajuk dengan tuannya itu dan ‘membalas dendam’ dengan duduk di atas bantal Erika.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!