Kucing Ini Menangis Di Hadapan CCTV Selepas Ditinggalkan Berseorangan Di Rumah Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita

Kucing Ini Menangis Di Hadapan CCTV Selepas Ditinggalkan Berseorangan Di Rumah

Share
Kucing Menangis

Bagi pemilik kucing, pasti pernah merasa sedih atau bersalah untuk meninggalkan kucing di rumah apabila keluar untuk ke tempat kerja atau bahkan keluar sebentar melakukan urusan bukan?

Lebih-lebih lagi jika kucing anda begitu manja dan sentiasa berkepit dengan anda sehingga apabila anda mahu keluar pun ia akan mengiringi sehingga ke pintu.

Seekor kucing yang berasal dari China menjadi popular selepas videonya menangis kerana ditinggalkan di rumah tular di internet.

Fu Fu, seekor kucing British Shorthair dilihat mengalirkan air matanya apabila melihat ke arah kamera ketika mendengar suara tuannya melalui alat tersebut.

Pemiliknya, Meng, keluar ke rumah ibu bapanya untuk menyambut tahun baru Cina.

Meng tidak membawa Fu Fu bersamanya kerana kucing itu pemalu dengan orang asing dan risau ia tidak dapat menyesuaikan diri di rumah ibu bapanya.

Menurutnya, sebelum keluar, dia telah memastikan makanan dan minuman Fu Fu cukup dan memasang kamera untuk memantau keadaan kucing kesayangannya itu.

Tambahnya Fu Fu sememangnya seekor kucing yang ‘clingy’ dan sentiasa meluangkan masa bersamanya.

Di dalam klip tersebut, Meng berkata kepada Fu Fu “awak rindu saya tak?” dan “saya akan pulang dalam beberapa hari”.

Selepas melihat tangisan kucingnya itu, Meng memutuskan untuk pulang daripada rumah ibu bapanya awal kerana tidak sanggup melihat kucingnya itu bersedih.

“Saya berasa sedih ketika melihat video ini,” kata Meng kepada Mail Online.

“Saya telah merancang untuk tinggal di rumah ibu bapa saya selama seminggu, tetapi kami semua kembali ke rumah lebih awal,” katanya.

Meng berkata kucingnya itu kebiasaannya akan menangis apabila merasa takut atau lapar.

Apabila Meng pulang empat hari kemudian, kucingnya itu kelihatan begitu gembira dan terus meluru ke arahnya.

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!