Kucing Ini Mempunyai Kerjaya Sebagai Model Kereta, Mampu Raih Pendapatan Sehingga RM6370 Setiap Penampilan

Type to search

Haimeow Cerita

Kucing Ini Mempunyai Kerjaya Sebagai Model Kereta, Mampu Raih Pendapatan Sehingga RM6370 Setiap Penampilan

Share
Kucing model kereta

Pertunjukan kereta sudah menjadi sinonim dengan penampilan model-model wanita cantik dan seksi bergaya di sisi kereta sebagai

Namun, seekor kucing comel yang berasal dari China berjaya memecah tradisi tersebut dengan menjadi model yang berjaya dan terkenal dalam dunia permotoran.

Tanpa perlu berpakaian seksi, kucing baka British Shorthair yang bernama Mao Mao ini berjaya mencuri perhatian ramai dengan bakatnya peragaannya yang luar biasa.

Pemiliknya, Zheng berkata kepada sebuah laman sosial China, Pear Video bahawa dia tidak menyangka kucingnya akan mengecap populariti seperti itu dan berjaya sebagai seekor model kereta.

Pada mulanya, Zheng yang bekerja dalam industri automotif mendapat idea untuk meletakkan Mao Mao di sebuah kereta pameran.

Ternyata ideanya itu membuahkan hasil apabila Mao Mao berjaya menarik orang ramai yang berkerumun untuk menyaksikannya.

Foto: Pear Video
Foto: Pear Video

Dari situlah kerjaya Mao Mao sebagai model bermula dan kini ia melakukan kira-kira tiga hingga empat peragaan dalam sebulan dengan bayaran sebanyak 5,000-10,000 Yuan (kira-kira RM3,185-RM6370) bagi setiap penampilan.

Dengan jumlah yang banyak hasil titik peluh Mao Mao, ia berupaya untuk hidup mewah tanpa menggunakan duit pemiliknya.

Mungkin selepas ini tiada lagi khidmat model-model wanita digunakan di pertunjukan kereta, dan digantikan dengan kucing-kucing.

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!