Aksi Kucing Nak Mengawan Atas Pokok, Baru Nak Mula Tiba-tiba…
Share

Kita mesti dah biasa tengok kucing mengawan di tempat-tempat awam kan? Biasa la bila dah masuk musimnya mana-mana tempat pun boleh.
Sebuah video tular yang dikongsi di TikTok @spectiplier menunjukkan dua ekor kucing yang sedang bersedia untuk mengawan di atas pokok sambil diperhatikan dua ekor kucing lain.
Tetapi, belum sempat mereka melakukan apa-apa, dahan pokok tersebut patah dan kedua-duanya terkapai-kapai bergayut daripada jatuh.