Kucing Nakal Mungkin Petanda Bahawa Ia Rindukan Anda Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cattiviti

Kucing Nakal Mungkin Petanda Bahawa Ia Rindukan Anda

Share

Pernahkah anda mengalami situasi di mana kucing anda tiba-tiba bertindak nakal seperti merosakkan barang-barang di rumah, membuang najis merata-rata, membuat bising atau lain-lain perkara yang membuat anda geram?

Jika terjadi situasi seperti ini, janganlah anda terus bertindak menghukum atau memarahi kucing anda, kerana ia mungkin adalah petanda bahawa ia merindui anda.

Oleh kerana kucing tidak dapat berkata-kata seperti manusia, maka hanya melalui bahasa badan dan tingkah laku sahaja cara dia mengekspresi dirinya.

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa, kucing menjadi nakal kerana mereka merindukan pemiliknya dan perkara tersebut dipanggil ‘separation anxiety’.

‘Separation anxiety’ bukan hanya berlaku kepada manusia, tetapi haiwan turut terkesan jika mereka terpisah terlalu lama atau dengan kerap daripada pemilik mereka.  ‘Separation anxiety’ juga boleh menyebabkan masalah kesihatan terhadap kucing anda.

Mengikut kajian tersebut, antara bentuk-bentuk perangai nakal yang akan dilakukan oleh kucing ialah merosakkan barang-barang yang ada, membuat bising, dan kencing merata-rata.

Mungkin anda berasa pelik kerana anda sentiasa berada di rumah dan jarang meninggalkannya, jadi mengapa kucing anda merindukan anda?

Perkara ini sebenarnya boleh terjadi apabila kucing ditinggalkan dalam tempoh yang lama, kerap ditinggalkan, terdapat kucing atau haiwan peliharaan lain di dalam rumah yang menyebabkannya cemburu, atau anda terlalu sibuk sehingga tidak mempunyai masa bermain atau bermanja dengannya.

Jadi mereka bertindak nakal supaya dapat menarik perhatian anda. Mereka tahu apabila mereka melakukan sesuatu perkara yang nakal, anda akan memberi perhatian kepadanya.

Kucing, sama seperti bayi, amat memerlukan perhatian daripada manusia walaupun kadang kala mereka seperti tidak mahu melayan anda.

Bagi mereka, anda bukan sahaja tempat mereka mendapatkan makanan, tetapi juga bertindak sebagai pelindung juga peneman. Kucing menganggap pemiliknya seperti ahli keluarga sendiri.

Oleh itu, kepada pemilik-pemilik kucing, pastikan anda memberikan perhatian yang secukupnya kepada si bulus dan jangan memarahi atau menghukumnya apabila ia bertindak nakal.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!