Kucing Ini Terlalu Rindu Tuannya Yang Telah Pergi Hingga Tak Mahu Makan, Hanya Minum Air Sahaja - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita

Kucing Ini Terlalu Rindu Tuannya Yang Telah Pergi Hingga Tak Mahu Makan, Hanya Minum Air Sahaja

Share
Kucing Rindu Tuan

Haiwan juga turut mempunyai hati dan perasaan dan mereka juga tahu erti kehilangan. Jika haiwan peliharaan itu sudah begitu rapat dengan tuannya, ia pasti akan merasa rindu apabila tuannya pergi.

Begitulah kisah yang berlaku pada seekor kucing yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Shahrul Ayoi.

Dia menceritakan bagaimana dia terserempak dengan seorang budak ketika pergi ke tanah perkuburan untuk melawat kubur ibunya.

Menurutnya, budak itu membawa kucingnya melawat kubur ayahnya kerana kucing itu terlalu rindukan sehingga memberi kesan kepada kesihatannya.

“Cerita petang tadi di perkuburan Econsave Senawang. Nak balik dari menziarahi kubur mak, ada budak nie bawak kucing yang agak lemah ke kubur. Bila ditanya, kubur tu adalah arwah ayahnya dan kucing yang dia bawak tu adalah kucing peliharaan arwah ayahnya..”

“Sejak arwah ayahnya meninggal sebulan lalu, kucing nie langsung tak nak makan dan hanya minum sahaja. Anak arwah nie bawak kucing nie ke kubur setiap hari bagi melepaskan kerinduan kucing nie terhadap tuannya.” kongsi Syahrul.

[Gambar: Facebook Syahrul Ayoi]

Nur Atiqah Syahirah Rosman, anak kepada arwah memberitahu Harian Metro bahawa kucingnya itu sangat rapat dengan ayahnya ketika masih hidup.

“Kucing ini memang sangat manja tetapi hanya dengan arwah ayah sahaja. Kalau dengan kami, ibu dan dua lagi adik saya, tidaklah semanja itu. Tak sangka dia sangat bersedih sehingga tidak lalu makan.

“Aulia kucing yang cantik tetapi dia ada penyakit sawan dan sesekali bila terkena penyakit itu, ayahlah mengubatnya,”

“Aulia juga akan ikut berjalan jika kami keluar menaiki kereta jika ayah ikut bersama dan apabila ayah meninggal dunia, Aulia seakan bersedih hingga tidak lalu makan,” jelasnya.

Tambahnya lagi, selepas kematian ayahnya, rindu Aulia terhadapa ayahnya begitu kuat sehinggakan tidak mahu makan dan hanya minum sahaja.

Disebabkan itu, Aulia menjadi lemah sehingga tidak mampu berjalan dan kesihatannya semakin merosot hari demi hari.

Dan genap 41 hari setelah pemergian ayahnya, Atiqah berkata Aulia akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya.

Kisah berkenaan mendapat perhatian netizen yang turut bersedih atas keadaan kucing itu.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!