"Kucing Saya Selalu Makan Pokok Di Rumah!" - Apa Nak Buat? - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Kesihatan

“Kucing Saya Selalu Makan Pokok Di Rumah!” – Apa Nak Buat?

Share

Umum mengetahui bahawa kucing adalah seekor haiwan karnivor, bermakna ia bergantung kepada daging sebagai sumber makanan atau untuk hidup.

Jadi adalah luar biasa bagi kucing untuk menggemari sayur-sayuran ataupun tumbuh-tumbuhan.

Walaubagaimanapun, sesetengah kucing gemar untuk makan atau mengunyah pokok-pokok di rumah dan pemilik yang mengalami situasi seperti ini pening kepala memikirkan masalah ini.

Menurut pakar, perlakuan ini adalah normal tetapi anda harus memantau tumbuhan yang dimakan oleh kucing anda kerana terdapat beberapa tumbuhan yang bahaya bagi si bulus.

Kenapa kucing gemar makan pokok atau tumbuhan?

Tabiat ini adalah salah satu cara untuk kucing anda explore dunia menggunakan mulutnya. Seperti bayi, kucing juga mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Jika ia suka rasa tumbuhan tersebut, ia pastinya cenderung untuk makan lagi tumbuhan tersebut.

Antara sebab lain ialah tumbuhan tersebut menarik perhatian kucing anda. Mungkin dari segi pergerakan tumbuhan tersebut, rupa, atau warnanya membuat kucing anda tertarik untuk mendekatinya, seterusnya memasukkannya ke dalam mulut.

Selain itu, kebosanan mungkin turut menjadi punca kucing anda melakukan perkara tersebut. Jika anda membiarkan kucing anda bersendirian seharian tanpa bermesra atau berkomunikasi dengannya, ia mungkin akan cenderung untuk melakukan perkara lain bagi mengelakkan kebosanan.

Bagaimana untuk mengelakkan perkara ini?

Letak di tempat yang sukar dicapai. Ini mungkin adalah perkara yang sukar kerana walau setinggi mana anda letakkan tumbuhan anda, kucing anda akan tetap mampu mencapainya. Cuma anda boleh pastikan tumbuhan anda dilindungi oleh pagar atau penghadang yang tidak dapat dicapai oleh si manja.

Jadikan pokok tersebut ‘kurang menarik’. Sebagai contoh, jika anda perhatikan kucing anda tidak suka bau citrus, anda boleh campurkan jus citrus dan air kemudian semburkan pada daun supaya kucing anda tidak mendekati tumbuhan tersebut.

Dapatkan tumbuhan yang sesuai buat kucing. Terdapat banyak tumbuhan yang sesuai buat si bulus seperti cat grass ataupun catnip. Apa salahnya anda melabur sedikit wang untuk kebahagiaan si bulus. Dengan itu, anda tidak perlu lagi berdepan dengan pokok-pokok di rumah anda yang rosak.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!