Kucing Sentiasa Curi Makanan? Disiplinkan Kucing Anda Dengan Cara Ini Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cattiviti

Kucing Sentiasa Curi Makanan? Disiplinkan Kucing Anda Dengan Cara Ini

Share

Adakah kucing anda gemar ‘mencuri’ makanan anda ketika anda sedang makan atau dari dapur ketika anda tidak perasan? Tahukah anda, kucing mencuri makanan anda bukan hanya disebabkan mereka lapar, tetapi ia juga adalah disebabkan naluri memburunya. Mencuri makanan bagi mereka adalah sama seperti memburu, dan jika ada peluang mereka akan melakukannya.

Sebenarnya, tidak salah untuk anda berkongsi makanan dengan si bulus sekali sekala, tetapi anda harus peka dengan bahan-bahan yang terdapat dalam makanan anda kerana dikhuatiri bahaya kepada kucing.

Tetapi jika anda sering memberinya makanan anda, ia akan menganggap perkara itu biasa dan tidak tahu batasnya.

Berikut adalah cara-cara yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan kucing anda daripada kerap mencuri makanan.

1. Jangan sentiasa beri ganjaran atau ‘treats‘ kepada kucing anda apabila diminta. Sekiranya kucing anda meminta makanan yang anda makan, jangan membiasakan diri untuk memenuhi kehendaknya itu. Walaupun kadang kala agak sukar untuk menahan diri daripada muka comelnya, ia akan terbiasa jika anda sering mengikut kehendaknya. Hadkan diri anda untuk berkongsi makanan dengannya sekali sekala sahaja atau ketika ia berkelakuan baik.

2. Simpan makanan dengan betul. Jangan biarkan bekas makanan terbuka di atas meja. Jangan letakkan makanan di tempat yang mudah dicapai oleh si bulus. Jika kucing anda cukup pintar untuk membuka tudung saji atau kabinet dapur, letak di kawasan yang boleh dikunci.

3. Gunakan alat penghalang kucing. Sekiranya anda terpaksa meninggalkan makanan untuk seketika, anda boleh meletakkan alat penghalang kucing di kawasan sekitar makanan tersebut. Terdapat banyak alat penghalang kucing yang dijual di pasaran.

4. Tingkatkan aktiviti kucing anda. Kehendak makan mempunyai kaitan dengan tenaga kucing untuk memburu. Sekiranya anda mampu mengalirkan tenaga itu melalui bermain, anda boleh menghentikan kucing anda daripada terus mencuri makanan. Kaedah yang paling berkesan adalah bermain permainan memburu dengan kucing anda seperti taser, yang bertindak seperti ia dapat menangkap mangsa sebenar.

5. Tambah jumlah makanan kucing anda. Mungkin anda memberi kucing anda makanan dengan kuantiti yang terlalu sedikit, lalu membuatkannya sentiasa berasa lapar. Lihat label makanan kucing yang anda beli dan perhatikan jumlah cadangan hidangan yang patut anda beri. Jika anda memberinya makan dua kali sehari, mungkin selepas ini anda boleh cuba memberinya makan tiga kali sehari dengan mengurangkan kuantiti makanan pada setiap sesi.

Adakah perlu untuk anda menghukum kucing yang mencuri?

Hukuman hanya akan berkesan untuk menghentikan kucing anda dari mencuri di hadapan anda. Kucing anda hanya akan belajar untuk berasa takut apabila anda ada dan mengelak daripada anda. Tetapi apabila anda tiada, ia masih akan mencuri makanan. Anda hanya perlu menghentikan tingkah laku mereka, bukan menghukum mereka. Menghukum kucing anda juga hanya akan membuatkan hubungan anda dengan si bulus renggang.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!