Kucing Sesat Di Gunung Salji Dan Ikut Dua Pendaki Naik Ke Puncak Setinggi 10,000 Kaki );

Type to search

Haimeow Cerita

Kucing Sesat Di Gunung Salji Dan Ikut Dua Pendaki Naik Ke Puncak Setinggi 10,000 Kaki

Share
kucing panjat gunung salji

Seekor kucing yang sesat di atas pergunungan salji di Switzerland menyertai dua pendaki mendaki 10,000 kaki ke puncak gunung.

Cyril dan Erik Rohrer sedang menyelusuri salji lebat di Gunung Britsen di Switzerland ketika mereka terdengar seekor kucing mengiau dari belakang pokok.

Kucing itu telah mengembara jauh dari manusia sehingga ke lereng gunung. Tidak mahu ditinggalkan sendirian, ia kemudian mengikut pendaki berkenaan sehingga ke puncak.

[Foto: SWNS]

Cyril dan Erik kemudian mengetahui bahawa ia telah hilang dari rumahnya di sebuah bandar berdekatan dan telah mengikut pendaki lain sebelum ini, bermaksud ia berkemungkinan telah tiga kali mendaki ke puncak sebelum ini.

[Foto: SWNS]

Mereka kemudiannya menyerahkan kucing itu dalam jagaan kumpulan pendaki lain yang dalam perjalanan turun ke bawah, yang kemudiannya membawa kucing itu turun dan bertemu dengan pemiliknya.

Cyril yang berasal dari Sachseln, Switzerland berkata: ” Ketika itu jam menunjukkan 4.30 pagi, sekitar 1200 meter, kami mendengar seekor kucing di hutan gelap.

“Ia membuat bunyi yang sangat takut dan bingung. Kami tidak dapat meninggalkannya sendirian ketika mendaki. Jadi kami membawanya bersama kami.”

[Foto: SWNS]

Tambahnya, kucing itu mula menggigil dan tapak kakinya mula luka akibat salji yang amat sejuk.

Kami mengangkatnya dan membawanya ketika ia kelihatan terlalu letih untuk mendaki lagi.”

“Saya berasa kasihan padanya. Ia benar-benar letih ketika di jurang di bawah puncak.”

[Foto: SWNS]

Mereka kemudian mengetahui bahawa kucing itu telah hilang selama empat hari dan telah mengikut kumpulan pendaki lain sejak dua hari terakhir.

“Jadi ia sudah tiga kali ke sana. Haiwan melakukan perkara yang pelik. Dan mereka jauh lebih sukar daripada manusia. Mereka tidak akan pernah berputus asa. Walaupun mereka sakit teruk,” tambahnya.
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!