Kucing Siam, Si Ramping Bermata Biru Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Baka Shorthair

Kucing Siam, Si Ramping Bermata Biru

Share

Kucing Siam merupakan antara baka kucing yang popular dan dipelihara di seluruh dunia. Ia mudah dikenali dari fizikalnya yang ramping dan suara ‘meow’nya yang unik. Kucing Siam berasal dari Thailand ini mula diperkenalkan ke dunia barat pada akhir tahun 1800.

Dari segi fizikal, kucing Siam memiliki tubuh ramping dengan kaki dan ekor panjang disertai mata yang berwarna biru. Bulunya pendek dan mudah dikenali dari bulu penanda di kaki, ekor, atau pada wajahnya yang berwarna gelap.

Berat kucing Siam jantan adalah  antara 4kg hingga 7kg sedangkan yang betina kira-kira 5 kg. Seiring dengan penambahan usia, warna bulu kucing Siam umumnya akan menjadi semakin gelap.

Umumnya, kucing Siam adalah kucing yang ramah. Mereka dikenali dari variasi tona suaranya yang lembut hingga keras. Kucing Siam juga dikenali dari sifatnya yang cerdas, rasa ingin tahu serta kelincahannya. Oleh sebab itu, ia mudah dipelihara oleh warga tua mahupun kanak-kanak. Kucing Siam mudah untuk hidup dengan haiwan peliharaan rumah yang lain.

Secara purata, kucing siam mampu mencapai umur sehingga 13 tahun, bahkan mampu ke usia 17 hingga 20 tahun jika mendapat diet yang sihat dan rawatan yang baik. Antara masalah kesihatan yang sering muncul pada baka ini adalah masalah ginjal, jantung, ekor dan mata juling. Kucing Siam mudah dirawat dan lasak.

Kucing siam adalah antara baka yang sangat manja dan memerlukan perhatian yang rapi, justeru itu ia tidak sesuai untuk tuan yang tidak sering berada di rumah.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!