Gadis Ini Kongsi Tabiat Pelik Kucingnya Yang Suka Melepak Dalam Peti Sejuk, Siap Pandai Buka Sendiri Lagi );

Type to search

Haimeow Cerita

Gadis Ini Kongsi Tabiat Pelik Kucingnya Yang Suka Melepak Dalam Peti Sejuk, Siap Pandai Buka Sendiri Lagi

Share
Kucing Peti Sejuk

Kucing sentiasa menghiburkan kita dengan aksi lucu dan telatah mereka yang mencuit hati. Bagi sesiapa yang memiliki kucing di rumah, pasti hari-hari mereka dipenuhi dengan gelagat kucing mereka yang mencuit hati.

Kadang-kadang ada perangai pelik yang kucing lakukan sampai kita sendiri pun tak boleh nak faham.

Seperti kucing ini yang tular di laman sosial TikTok, disebabkan tabiatnya yang pelik.

Seorang gadis Indonesia berkongsi tabiat pelik dua ekor kucingnya, Jabrik dan Jibrak yang suka beristirehat di dalam peti sejuk.

Menurut gadis itu, kedua-dua kucingnya itu pandai membuka pintu peti sejuk sendiri tanpa memerlukan bantuan orang.

Tetapi, kucingnya akan menunggu pemiliknya untuk menutupkan pintu peti sejuk dari luar.

Bukan sahaja pandai membuka pintu dari luar, kucingnya juga pandai membuka pintu dari dalam jika sudah bosan berada di dalam peti sejuk.

Gadis itu meletakkan kamera di dalam peti sejuk untuk melihat bagaimana kucingnya membuka pintu dari dalam.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!