Kucing Ini Sangat Suka Makan Durian Sampai Tuannya Terpaksa Berebut Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita

Kucing Ini Sangat Suka Makan Durian Sampai Tuannya Terpaksa Berebut

Share
Kucing Suka Durian

Kucing adalah haiwan jenis karnivor dan secara semulajadi mereka gemar makan makanan yang berasaskan protein seperti ikan atau ayam, lebih-lebih lagi jika diberi makanan basah.

Jarang sekali kucing tertarik kepada buah-buahan atau sayur-sayuran terutama sekali yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan seperti durian.

Namun lain pula ceritanya bagi kucing-kucing yang dimiliki oleh seorang pemuda ini yang sangat gemarkan durian.

Seorang pemuda berkongsi video kucing-kucingnya yang begitu berselera memakan durian di TikToknya.

Kucing-kucingnya juga dilihat begitu tidak sabar menunggu pemuda itu mengopek raja buah itu sehingga pemuda itu terpaksa menggigit telinga kucingnya daripada memasukkan kepala ke dalam buah durian yang sedang dikopek.

Bukan itu sahaja, kucing peliharaannya turut rajin menemani ke dusun untuk mengutip buah-buahan.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!