Kucing Ini 'Survive' Harungi Perjalanan Lebih 2,000km Selepas Terkurung Dalam Kontena Selama 3 Minggu - Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita Pilihan Haimeow

Kucing Ini ‘Survive’ Harungi Perjalanan Lebih 2,000km Selepas Terkurung Dalam Kontena Selama 3 Minggu

Avatar
Share
Kucing dalam kontena

Seekor kucing berjaya bertahan selama tiga minggu selepas terkurung dalam sebuah kontena tanpa sebarang makanan dan minuman.

Sebuah syarikat logistik Ukraine, Star Shine Shipping LTD baru-baru ini membuat satu hantaran Facebook mengenai kejadian menakjubkan itu.

Sejurus membuka pintu kontena tersebut, para pekerja terkejut apabila mendapati seekor kucing berwarna kelabu berada di dalamnya.

Menurut syarikat berkenaan, kontena tersebut telah melalui jarak perjalanan lebih 2,000 kilometer dari Ukraine ke Israel selama tiga minggu.

Kucing tersebut pada mulanya kelihatan takut, tetapi berada dalam keadaan baik, walaupun tanpa makanan dan minuman.

[Gambar: Facebook Star Shine Shipping]

Pekerja turut mendapati terdapat kotak yang sudah koyak dengan bekas cakaran yang mengandungi gula-gula, mungkin telah dibuka oleh kucing itu untuk mendapatkan alas perut.

[Gambar: Facebook Star Shine Shipping]

Kucing itu juga dipercayai minum air yang terhasil daripada proses kondensasiĀ  dalam kontena itu.

Selepas menemui kucing itu, mereka memeriksa CCTV untuk melihat bagaimana kucing itu boleh berada dalam kontena berkenaan. Ternyata kucing itu telah menyelinap masuk ke dalam kontena itu ketika barang-barang sedang dipunggah masuk.

Kejadian itu mendapat liputan meluas di media tempatan yang menganggap perkara itu adalah suatu yang luar biasa dan satu keajaiban.

[Gambar: Facebook Star Shine Shipping]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!