Kucing Tak Mahu Bermain? Ketahui Sebab Si Bulus Malas Layan Anda Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cattiviti

Kucing Tak Mahu Bermain? Ketahui Sebab Si Bulus Malas Layan Anda

Share

Pernahkah anda berdepan situasi di mana si bulus tiba-tiba tidak mahu bermain bersama-sama anda? Padahal sebelum ni bukan main aktif lagi ia melompat sana sini ketika anda menghayunkan tasernya.

Sebenarnya, terdapat beberapa sebab si bulus tiba tiba tidak mempunyai mood untuk bermain. Jom ketahui sebab-sebab si bulus tak nak layan anda ketika diajak bermain.

Si Bulus Merasa Bosan Dengan Mainannya

Jika anda sentiasa melakukan rutin yang sama setiap hari, pasti anda akan merasa bosan bukan? Begitu juga dengan si bulus. Jika anda sentiasa bermain permainan yang sama dengannya, ia tidak akan berasa tertarik untuk bermain dengan permainan itu.

Cuba pelbagaikan alat permainannya. Tidak perlu pun berbelanja besar untuk menghiburkan si bulus, anda cuma perlu kreatif untuk menghiburkan kucing anda.

Selain itu, anda boleh membuat jadual untuk bermain sesuatu alat permainan dengannya supaya permainan tersbut tidak berulang-ulang.

Si Bulus Sedang Sakit

Kucing yang sakit kemungkinan akan berasa tidak ada mood untuk bermain kerana ia sedang berlawan dengan kesakitan.

Kucing yang mengalami anemia kebiasaannya akan berasa tidak bersemangat ketika diajak bermain.

Masalah kesihatan lain yang membuatkan kucing tidak ada mood untuk bermain adalah sakit sendi dan kucing yang mempunyai masalah penglihatan – kebiasaannya berlaku pada kucing yang sudah tua.

Selain itu, kucing yang mempunyai masalah obesiti juga kebiasaannya akan menjadi malas kerana kesukaran mereka untuk bergerak.

Si Bulus Sedang Stres

Stres juga boleh menjadi punca si bulus anda tidak mahu bermain dan tidak aktif. Kucing yang stres akan lebih suka menyembunyikan diri daripada anda.dan menyendiri.

Terdapat banyak perkara yang boleh membuatkan kucing stres seperti berpindah ke rumah baru, terdapat haiwan peliharaan baru di rumah, bunyi bising dan lain-lain.

Cuba kenalpasti perkara yang menyebabkannya stres dan berinya ruang untuk bertenang dahulu, baru ajaknya bermain.

Si Bulus Trauma

Selain stres, kucing yang mengalami trauma juga cenderung untuk hilang minat untuk bermain.Trauma boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti trauma akibat pernah didera, atau boleh jadi juga ia trauma terhadap alat permainan yang anda cuba main dengannya.

Contohnya, ia mungkin pernah didera oleh manusia ketika hidup di jalanan atau matanya mungkin pernah terkena sinaran laser yang amat terang, jadi ia berasa trauma untuk bermain dengan sinaran laser.

Anda harus bersabar dan cuba tarik minatnya untuk bermain secara perlahan-lahan.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!