Kucing Takut Botol Air Merah? Mitos Atau Sekadar Kepercayaan Dahulu - Verst Haimeow );

Type to search

Kucing Takut Botol Air Merah? Mitos Atau Sekadar Kepercayaan Dahulu

Haimeow Cattiviti

Kucing Takut Botol Air Merah? Mitos Atau Sekadar Kepercayaan Dahulu

Avatar
Share

Sebagai pemilik kucing, acap kali kita melihat jiran-jiran kita letak botol berisi air merah sama ada menggunakan sirap atau pewarna makanan. Apabila ditanya, tujuan mereka berbuat begitu adalah kerana mereka ingin menghalau kucing dari “membuang” di kawasan rumah mereka.

brown tabby cat on teal metal gate

Namun adakah perkara tersebut membantu ataupun tidak? Adakah ia sekadar mitos dan amalan orang dahulu untuk mengusir kucing-kucing di kawasan rumah mereka.

Kepercayaan ini berasal dari negara Jepun di mana mereka menyatakan pantulan bayangan dari air tersebut dapat menakutkan mereka. Budaya mengisi botol plastik dengan air dan disusun di kawasan rumah. Budaya ini dikenali sebagai “nekoyoke” atau penghalau kucing.

Bagi masyarakat melayu pula, mereka percaya bahawa kucing amat takut dengan warna merah, namun masih tiada bukti kukuh tentang fakta tersebut.

Sebenarnya, ianya tidak berkesan sama sekali kerana ia tidak memberi kesan apa-apa kepada kucing-kucing tersebut. Sebaliknya mereka hanya mengendahkan sahaja dan tetap melakukan “membuang” atau melepak di kawasan tersebut. Terdapat kajian dilakukan oleh orang setempat untuk membuktikan mengenai mitos ini.

Namun jangan risau, kerana cara yang agak berkesan ialah dengan meletakkan botol-botol berisi minyak sitrus yang bersifat tumbuhan asli kerana mereka amat tidak menggemari bau tersebut.

Cara yang paling “kasar” dan tegas ialah dengan menyembur air ketika mereka hendak “membuang” dan lama-kelamaan mereka pasti faham bahawa mereka dilarang menghampiri kawasan tersebut.

Sumber: Iluminasi

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!