Kucing Takut Petir Dan Guruh? Apa Boleh Anda Lakukan? - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cattiviti

Kucing Takut Petir Dan Guruh? Apa Boleh Anda Lakukan?

Share

Guruh dan petir adalah antara perkara yang menjadi ketakutan buat kebanyakan kucing. Apabila mendengar bunyi guruh, kucing kebiasaannya akan berlari dan bersembunyi di kawasan tersorok.

Sebab utama kucing bersembunyi adalah untuk menenangkan diri dan membantunya mengharungi saat-saat guruh berdentuman. Tahukah anda, sebenarnya anda boleh membantu kucing anda mengharungi saat-saat tersebut bersamanya dan tidak hanya membiarkannya bersendirian.

Bagaimana Untuk Menenangkan Kucing Semasa Bunyi Guruh

  1. Tindakan yang paling utama adalah untuk mewujudkan persekitaran yang tenang, selamat dan dekat dengan kucing anda. Jika boleh sediakan lokasi yang kalis bunyi atau bunyi luaran yang minima di mana kucing anda boleh berehat seketika. Lebih baik jika anda menemaninya sekali ketika ia menenangkan diri.
  2. Anda mungkin menyedari bahawa kucing anda sama ada cuba bersembunyi di tempat yang tenang semasa ribut, atau berusaha untuk berada dekat dengan anda. Adalah baik untuk bermain bersama mereka ketika guruh untuk mengalih perhatian mereka.
  3. Terdapat cara yang baik untuk bersembunyi. Cuba untuk tidak menyembunyikan kucing anda di bawah katil, di belakang perabit besar atau di dalam kotak. Tahap tekanan kucing anda akan jauh lebih rendah jika ia dapat melihat apa yang ada di sekelilingnya. Anda boleh letak kucing di pangkuan anda.
  4. Elak seberapa banyak cahaya dan bunyi yang boleh. Tutup tingkap di dalam ruangan rumah atau bilik anda menggunakan langsir. Hadkan kesan cahaya (petir/kilat) luar daripada memasuki ke dalam rumah.

Latih Kucing Daripada Terus Takut

  1. Sedikit demi sedikit, latih kucing anda supaya tidak takut akan bunyi guruh dan petir supaya ketika anda tidak bersamanya, ia tidak akan berasa takut atau stres.
  2. Bawa kucing anda dan duduk di jendela bersama anda sambil membelai mereka, dan nikmati suasana hujan di luar setiap kali cuaca hujan. Pastikan anda tidak memaksa dan lakukan secara beransur-ansur.
  3. Tonton video berkaitan ribut petir dan gurh dengan audio atau speaker bersama kucing anda. Lakukan sekerap yang boleh dan sedikit demi sedikit sehingga ia biasa dengan bunyi tersebut.
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!