Kucing Takut Timun, Kenapa? - Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita

Kucing Takut Timun, Kenapa?

Ain Huda
Share

Satu ketika dulu banyak video-video kucing terkejut bila nampak timun. Bukan terkejut sikit, tapi si bulus mampu melompat tinggi dengan muka yang takut atau berlari laju bila ternampak timun di bekalang mereka.

Sebenarnya kenapa kucing takut timun? Adakah timun memberi satu gambaran yang menakutkan di mata kucing?

 

Menurut pakar, kucing takut pada haiwan liar seperti ular. Mungkin sebab timun seakan-akan ular, si bulus ini bertempiaran lari ketakutan dengan tindak balas yang drastik.

Perkara ini berlaku kerana kucing tidak menyedari ada timun yang di letakkan berhampiran mereka. Perkara yang sama akan berlaku jika anda cuba letak buah atau sayuran lain. Selagi kucing tidak sedar kehadiran buah tersebut, mereka akan terkejut.

Sama juga seperti manusia yang akan terkejut dengan sesuatu yang kita tidak tahu. Kalau sudah tahu, kita tidak akan terkejut pun.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!