Comel! Gelagat Kucing ‘Tanduk’ Tuannya Minta Dimanja Cuit Hati Netizen
Share

Terdapat dua jenis kucing di dunia ini, iaitu kucing yang tidak suka dibelai atau digomol dan kucing yang amat sukakan belaian dan dimanja.
Bagi jenis kucing yang kedua, mereka kadang-kadang boleh menjadi sangat ‘clingy’ dan sentiasa mahukan perhatian sepanjang masa.
Kucing yang ‘clingy’ akan melakukan apa sahaja untuk menarik perhatian tuannya untuk memanjakannya.
Seorang wanita menunjukkan perangai kucingnya yang sangat manja dan sentiasa mahukan perhatian dan dibelai.
Kucingnya itu mempunyai cara yang sangat unik untuk meminta perhatian darinya, iaitu dengan ‘menanduk’ wanita itu.
Dia berkongsi video gelagat kucingnya itu di laman TikTok @klacat.
Video berkenaan tular dan mendapat lebih 8.8 juta tontonan dengan rata-rata netizen terhibur melihat cara comel kucingnya itu minta untuk dibelai.
Bagaimana pula cara kucing anda minta untuk dibelai?