Kucing Tanpa 'Pengenalan Perbandaran' Di Dubai Bakal Dihapuskan - Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita

Kucing Tanpa ‘Pengenalan Perbandaran’ Di Dubai Bakal Dihapuskan

Ain Huda
Share

Di Dubai pemilik kucing perlu mengenal pasti haiwan kesayangan mereka, kawal pergerakan dan tidak mengganggu kejiranan. Hal ini kerana pihak berkuasa akan menghapuskan dan merampas kucing bebas berkeliaran tanpa pemilik.

Setiap pemilik kucing perlu bertanggungjawab terhadap haiwan perliharaan masing-masing. Tanda rasmi boleh diperoleh dari klinik veterinar di Dubai.

Menurut Ketua Perkhidmatan Veterinar Dubai, pemilik kucing perlu mendaftar dan memakai tanda rasmi pada haiwan peliharaan. Langkah tersebut dilakukan untuk menggantikan kaedah meracun kucing jalanan di kawasan Dubai yang terlalu banyak.

Kucing yang berkeliaran dan tidak memakai tanda rasmi perbandaran akan ditangkap lalu disimpan selama lapan hari. Jika tiada tuntutan oleh pemilik dalam masa yang diberikan, kucing tersebut akan dihapuskan.

Kaedah ini untuk mengawal populasi kucing liar di kawasan tersebut, memastikan kesihatan kucing tidak terjejas dan perlu divaksin. Jika kucing peliharaan bercampur dengan kucing jalanan, kesihatan si comel di rumah berisiko mengundang penyakit dan gejala.

Kucing tanpa tanda pengenalan rasmi yang membuktikan sudah divaksin akan dianggap haiwan sesat dan tidak bertuan.

Perkara ini juga untuk menjaga kepentingan orang awam. Terdapat kejiranan yang tidak menyukai kucing dan kehadiran si comel ini dianggap mengganggu keselesaan orang lain. Mereka boleh membuat aduan kepada pihak perbandaran di Dubai untuk menangkap kucing tersebut.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!