Kucing Ini Mempunyai 'Taste' Yang Sangat Tinggi, Hanya Minum Air Botol Evian Dan 'Reject' Air Murah

Type to search

Haimeow Cerita

Kucing Ini Mempunyai ‘Taste’ Yang Sangat Tinggi, Hanya Minum Air Botol Evian Dan ‘Reject’ Air Murah

Share
Kucing cerewet

Sesetengah kucing sememangnya begitu cerewet terutamanya apabila melibatkan makanan dan minuman. Kadang-kadang ada yang tak mahu sentuh langsung apabila diberikan hidangan yang murah.

Seekor kucing yang popular di TikTok, Milo adalah salah seekor kucing yang mempunyai selera yang tinggi dan amat cerewet sehinggakan hanya mahu minum dari air botol yang mahal.

Menurut pemiliknya, sejak Milo tinggal dengannya ia hanya akan minum air botol berjenama yang mahal dan akan menolak jika diberikan air lain.

Pemiliknya melakukan ‘eksperimen’ dengan beberapa air botol berjenama daripada yang murah sehingga yang mahal untuk melihat reaksi kucingnya itu.

Ternyata Milo hanya minum daripada gelas yang diisi dengan dua jenama paling mahal dan hanya menghidu air dari gelas-gelas lain.

Milo turut berjaya menarik perhatian syarikat Evian yang memberinya hadiah bekalan air botol Evian.

Bukan hanya air, Milo juga turut mempunyai ‘high taste’ dalam pemakanan.

Pemiliknya turut menjalankan eksperimen dengan menghidangkan kepadanya ayam yang diberi makan rumput dan ayam murah, dan ternyata Milo memilih ayam pertama dan langsung tidak menyentuh ayam murah.

Begitu juga reaksi Milo apabila dihidangkan daging wagyu dan daging biasa.

Tags:

You Might also Like

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!