Kucing Tersekat Kepala Dalam Lubang, Nasib Baik Ada Abang Bomba Tolong - Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita

Kucing Tersekat Kepala Dalam Lubang, Nasib Baik Ada Abang Bomba Tolong

Avatar
Share

Kucing dikenali sebagai haiwan yang fleksibel dan boleh memuatkan dirinya ke dalam mana-mana kawasan dan ruang yang kecil atau sempit.

Namun, ada kalanya kucing ‘salah agak’ saiz lubang atau ruang yang ingin dilaluinya lalu tersepit dan tidak dapat meloloskan dirinya.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

Seperti apa yang berlaku kepada seekor kucing di Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini apabila kepalanya tersekat di dalam lubang pintu.

Kucing nakal tersebut dipercayai cuba melalui lubang di pintu tersebut tetapi malang kerana perkiraannya mungkin tidak tepat menyebabkan hanya kepalanya sahaja yang berjaya melepasi lubang tersebut.

[Gambar: Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS]

Bagaimanapun, nasibnya baik kerana terdapat abang-abang bomba yang baik hati yang menyelamatkannya daripada tersekat di lubang itu.

Bomba pada mulanya cuba menarik kucing tersebut keluar tetapi nampaknya lubang tersebut terlalu kecil.

[Gambar: Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS]

Mereka kemudiannya terpaksa memotong sebahagian kecil daripada pintu tersebut untuk memudahkan proses menyelamatkan kucing tersebut.

Rata-rata netizen geli hati dengan gelagat kucing tersebut dan berterima kasih kepada abang-abang bomba yang menjadi hero dalam sesi menyelamatkan kucing itu.

Terima kasih abang-abang bomba tolong kucing tersebut!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!