Kucing Terselamat Selepas Terkena 45 Peluru Pelet, Peluru Tak Dapat Dikeluarkan - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita

Kucing Terselamat Selepas Terkena 45 Peluru Pelet, Peluru Tak Dapat Dikeluarkan

Share

Seorang lelaki warga England terkejut apabila mendapati terdapat 49 peluru jenis pelet di dalam badan dan bahagian muka kucingnya, termasuk di hidungnya.

Oscar dibawa berjumpa vet setelah pemiliknya, Mike Cooke risau akan keadaannya yang mengalami kesukaran untuk bernafas dan makan.

Pada mulanya, vet menyangka bahawa ia demam tetapi selepas keadaannya tidak beransur sihat, vet melakukan ujian x-ray dan mendapati terdapat 49 peluru pelet besi di dalam badan Oscar.

11 daripada peluru tersebut berada di bahagian kepalanya dan satu daripadanya berada di bahagian hidung yang menyebabkan kesukaran untuk makan.

X-ray bahagian kepala yang menunjukkan 11 butir peluru pelet di bahagian kepala Oscar.

Menurut Mike, dia yakin Oscar ditembak di kawasan perumahannya di Bringewood Road kerana kucingnya itu tidak pernah berkeliaran jauh daripada kawasan tersebut.

“Ia pasti berlaku berdekatan dengan kawasan perumahan yang mana agak membimbangkan.

“Kawasan ini agak padat dan terdapat ramai kanak-kanak di sini,” kata Mike.

Mike menyifatkan Oscar sebagai seekor kucing yang “sangat baik yang suka perhatian dari sesiapa sahaja”.

Oscar adalah seekor kucing jalanan yang diambil oleh keluarga Mike lapan tahun lalu ketika mereka masih menetap di Perancis.

Dalam pada itu, pihak vet percaya bahawa Oscar telah ditembak dengan peluru yang direka khas untuk menembak burung.

Oscar, berumur 8 tahun, kini sudah pulang ke rumah bersama tuannya.

“Oscar dibawa kepada kami atas masalah tidak mahu makan dan masalah pernafasan,” kata vet Iain Prentice.

“Kami mengesyaki terdapat sesuatu di dalam badannya tetapi amat terkejut setelah melihat terdapat peluru pelet di dalam badannya – 45 butir kesemuanya – termasuk satu di bahagian lubang hidung kanan.

“Kami tidak berjaya mengeluarkan peluru tersebut, tetapi buat masa ini keadaannya semakin baik, dan kami sedang memerhatikan perkembangannya dengan teliti.

“jika hidungnya mendatangkan masalah sekali lagi, kami terpaksa merujuknya kepada pakar untuk mengeluarkan peluru di hidungnya menggunakan endoskopi,” tambah Iain.

Oscar kini telah pulang ke rumahnya dan pihak polis telah dimaklumkan dengan kejadian tersebut.

[Foto: www.shropshirestar.com]

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!