"Sabar Jap, Aku Tak Habis Lagi" - Aksi Kucing 'Tunjal' Kepala Tuan Ketika Sedang Mengurut Bikin Pecah Perut! );

Type to search

Haimeow Cerita

“Sabar Jap, Aku Tak Habis Lagi” – Aksi Kucing ‘Tunjal’ Kepala Tuan Ketika Sedang Mengurut Bikin Pecah Perut!

Share
Kucing Tendang Tuan

‘Mengurut’ adalah salah satu kelakuan kucing untuk menunjukkan rasa sayang mereka terhadap manusia. Kucing belajar ‘mengurut’ sejak dari kecil lagi iaitu ketika mereka sedang menyusu, mereka akan menekan-nekan badan ibu mereka.

Pebuatan mengurut manusia adalah biasa bagi kucing dan ini menandakan kucing sedang berasa selesa, bahagia dan selamat bersama individu tersebut.

Apabila kucing sedang mengurut, adalah sebaiknya anda membiarkan sahaja ia menghabiskan ‘kerja’nya itu dan tidak mengganggunya. Jika tidak, ia mungkin akan berasa bengang, seperti video di bawah ini.

Video yang tular di laman sosial TikTok ini menunjukkan seekor kucing sedang khusyuk mengurut tuannya.

Ketika sedang asyik mengurut, tuannya tiba-tiba mahu bangun dan mungkin itu menyebabkan kucing tersebut berasa bengang.

Ia kemudiannya terus menendang kepala tuannya supaya terus kekal baring dan membiarkannya menghabiskan sesi mengurut itu.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!