Kurangkan Rasa Stress Ketika Berjumpa Doktor Haiwan Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cattiviti

Kurangkan Rasa Stress Ketika Berjumpa Doktor Haiwan

Share

Adakah anda mempunyai kesukaran membawa kucing anda berjumpa vet? Sentiasa ‘berperang’ dengan kucing anda untuk membawanya berjumpa vet? Terdapat banyak perkara yang anda boleh lakukan di rumah untuk mengurangkan kadar stres kucing anda, tetapi keadaan ini pasti berbeza ketika bersama vet.

Jangan risau, terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan yang dapat membantu mengurangkan rasa stres kucing anda ketika bertemu vet.

Bauan Herba

Terdapat beberapa jenis bau tumbuhan yang boleh menenangkan kucing ketika berada dalam keadaan tertekan atau ketakutan seperti Catnip, Valerian, Chamomile dan ada juga produk bauan lain yang dijual di pasaran yang dapat membantu menenangkan kucing.

Cuba beri kucing anda bau herba-herba atau produk-produk tersebut sebelum anda membawanya berjumpa vet.

Biasakan Kucing Dengan Kereta Atau Berjalan

Jadikan aktiviti bersiar-siar atau berjalan-jalan dengan kereta sebagai rutin buat anda dan si bulus. Ini akan membantunya daripada segi psikologi kerana jika ia hanya menaiki kereta untuk ke vet, ia sudah tetapkan di dalam kepalanya bahawa ia akan berjumpa vet setiap kali menaiki kereta.

Tidak perlu perjalanan jauh, hanya bersiar-siar sekejap dan kemudian pulang ke rumah, dan beri mereka treats sesudah sampai di rumah supaya kucing anda faham bahawa setiap pemanduan akan disudahi dengan imbuhan untuknya.

Jadi, mereka tidak akan takut untuk berjumpa vet kerana mereka akan menanti-nantikan treats apabila pulang ke rumah.

Balik Terus Ke Rumah

Banyak pemilik kucing yang singgah ke tempat lain seperti membeli barangan dapur selepas temu janji vet dan tidak serta merta pulang ke rumah untuk menjimatkan masa. Namun, adalah lebih baik untuk terus pulang ke rumah selepas temu janji vet kerana kucing anda akan berasa selamat dan tenang di rumah. Jika anda melambatkan masa pulang, kucing anda akan berada dalam keadaan stres lebih lama.

Biarkan Kucing Keluar Sendiri Dari Carrier

Apabila tiba di rumah, buka pintu carrier dan biarkan kucing anda keluar dengan sendirinya. Jangan memaksa kucing anda keluar kerana mereka perlukan masa untuk menenangkan diri setelah sesi bersama vet.

Jika anda paksanya keluar, ia hanya akan membuatkan kucing anda lebih stres dan bersikap agresif, dan akan membuatnya trauma setiap kali anda cuba memasukkannya ke dalam carrier.

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!