);

Type to search

Haimeow Kesihatan

Latih Kucing Gunakan Tandas Manusia, Wajar Atau Tidak?

Share

Membersihkan bekas najis kucing anda sememangnya bukan perkara yang menyeronokkan, pasti ada yang beranggapan bahawa lebih baik jika mereka pandai menggunakan tandas khusus untuk manusia. Tetapi anda perlu tahu bahawa tandas yang kita gunakan tidak direka untuk kegunaan si bulus.

SIFAT SEMULAJADI

Kucing menggunakan bau najisnya untuk menanda wilayah dan juga sebagai cara berkomunikasi dengan kucing lain. Bau kencing dan kotoran kucing lain boleh menandakan siapa yang berkuasa di sesuatu kawasan, dan sama ada mereka kawan atau musuh. Dalam situasi tertentu, perkara ini berlaku walaupun di dalam satu bekas yang dikongsi.

Mungkin anda berfikir bahawa mudah untuk anda membersihkan najis kucing anda jika ia ‘membuang’ di tandas manusia, tetapi kucing perlu mencium bau di kawasan mereka kerana itu yang mereka lakukan sebelum membuang air kecil dan besar.

STRES FIZIKAL

Kawasan tempat duduk tandas kebiasaannya menggunakan plastik licin yang mempunyai corong di bahagian tengah bagi membolehkan apa-apa percikan mengalir ke dalam mangkuk tandas.

Bayangkan jika anda seekor kucing, anda harus melopmpat terlebih dahulu ke tempat duduk tandas dengan berhati-hati supaya tidak jatuh ke dalam. Kemudian, anda harus mengekalkan keseimbangan semasa proses ‘membuang’ di kawasan yang kecil – ianya bukan sesuatu yang mudah.

Kesukaran ini mampu membuatkan kucing anda stres dan akan menjadikan proses ‘membuang’ sesuatu yang menyakitkan.

LOKASI LAIN

Pasti ada ketika anda sedang menggunakan tandas dan tiba-tiba kucing anda juga ingin ‘melepaskan hajatnya’, ini adalah satu perkara yang tidak bagus untuk anda membiarkan kucing anda menahan diri dari menggunakan tandas.

Jika kucing anda berasa terancam dengan sesuatu tempat, pastinya ia akan menjadi masalah kepada anda kerana ia akan mencari tempat lain yang dirasakannya sesuai untuk membuang, boleh jadi di atas permaidani, katil atau longgokan baju anda.

Kesimpulannya, ada sebab mengapa pasir dan bekas najis kucing dicipta khusus bagi kucing, jadi biarkan kucing anda hidup dalam keadaan normal.

 

Ya, mungkin anda pernah melihat pemilik kucing berkongsi ‘kebijaksanaan’ kucing mereka menggunakan tandas manusia, tetapi untuk melatih kucing anda menggunakan tandas manusia, ia bukanlah sesuatu yang normal. Jika kucing anda dengan sendirinya tanpa dipaksa menggunakan tandas manusia, anda bernasib baik. Tetapi jangan sesekali paksanya dengan sebab untuk memudahkan kerja anda.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!