Lelaki Didenda Bawa Kucing 'Gemuk' Naik Kapal Terbang, Netizen Lakukan Solidariti Sindir Syarikat Penerbangan - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita Pilihan Editor Pilihan Haimeow

Lelaki Didenda Bawa Kucing ‘Gemuk’ Naik Kapal Terbang, Netizen Lakukan Solidariti Sindir Syarikat Penerbangan

Share

Seekor kucing yang berasal dari Rusia mendapat perhatian pencinta kucing seluruh dunia setelah pemiliknya didenda oleh sebuah syarikat penerbangan kerana saiznya yang besar.

Mikhail Galin mahu kucing kesayangnnya, Viktor, yang mempunyai berat 10 kilogram duduk bersamanya di dalam kabin tetapi peraturan yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan Aeroloft hanya membenarkan haiwan peliharaan 8kg ke bawah untuk duduk di kabin.

Menurut Mikhail, dia cuba menjelaskan bahawa kucingnya akan menghadapi masalah jika diletakkan dalam ruangan bagasi tetapi pihak Aeroloft menegaskan bahawa mereka harus menuruti peraturan yang telah ditetapkan.

Behave je Viktor dalam flight. [Sumber: Facebook Mikhail Galin]

“Segala usaha saya untuk menjelaskan Viktor tidak akan bertahan selama 8 jam di ruangan bagasi dan akan menghantuinya sepanjang hidup tidak berhasil, pihak Aeroloft tidak mahu bertanggungjawab terhadap ekstra 2kg di dalam kabin,” jelas Mikhail.

Pada mulanya, pihak Aeroloft tidak membenarkan Mikhail membawa Viktor di dalam kabin ketika proses check-in dan timbang, tetapi Mikhail mempunyai idea lain untuk ‘menyeludup’ Viktor ke dalam ruang kabin.

Dengan pertolongan rakannya, Mikhail mencari seekor kucing yang lebih kecil dan mempunyai warna seperti Viktor untuk mengaburi pihak Aeroloft.

Dia berjaya menemukan seekor kucing yang bernama Phoebe, yang melepasi proses timbangan tersebut.

Selepas berjaya, Mikhail menyerahkan semula Phoebe kepada tuannya dan membawa Viktor naik ke dalam kabin dan terbang ke Vladivostok – menggunakan business class.

Seronok ya Viktor dapat naik business class! [Sumber: Facebook Mikhail Galin]

Tetapi, pihak Aeroloft berjaya mengetahui tentang perkara tersebut lalu melucutkan 370,000 mata ‘bonus miles‘ Mikhail dan membatalkan akaun Aeroloftnya.

Mikhail bagaimanapun mengaku kesilapannya dan berkata dia tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap syarikat penerbangan itu.

“Mereka hanya menjalankan tugas mereka mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Saya salah kerana melanggar peraturan, tidak kira apa sebab saya berbuat demikian,” kata Mikhail.

Netizen bagaimanapun menyurakan sokongan mereka terhadap Mikhail dan Viktor dengan majoriti memuji tindakan Mikhail yang tidak sanggup meninggalkan kucingnya berseorangan di ruangan bagasi.

Netizen turut menggunakan ‘kuasa meme’ sebagai solidariti terhadap Viktor.

Antara meme yang mencuit hati:

"Idea baru untuk logo Aeroloft - minimalistik dan elegan" [Sumber: Twitter @Sakt59]
"Air Cat- Russian Airlines. Dua kilogram bukanlah satu jenayah! #BroIsNotLuggage #ViktorFlies [Sumber: Twitter: @feodosiya16]
[Sumber: Twitter]

Bukan sahaja netizen, syarikat penerbangan antarabangsa lain turut mengambil kesempatan menyindir pesaing mereka itu.

"Semua kucing dialu-alukan sejak 1926" oleh syarikat penerbangan Jerman, Lutfhansa.
British Airways tidak terkecuali.

Populariti Viktor begitu hebat sehinggakan ia dijemput untuk sesi latihan tertutup oleh pasukan hoki kebangsaan Rusia setibanya ia di Vladivostok, dengan harapan dapat membantunya membakar dua kilogram lemak ekstra.

[Sumber: The Moscow Times]

Tags:

You Might also Like

2 Comments

  1. Xxx January 17, 2020

    Ready to stirp all belonging I have – hand carried in exchange for the 2kg for my cat

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!