Lelaki Jepun Kongsi Cara Efektif Jejaki Kucing Yang Hilang Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita Pilihan Editor

Lelaki Jepun Kongsi Cara Efektif Jejaki Kucing Yang Hilang

Share

Pernah tak satu hari anda bangun dari tidur atau balik dari kerja dan tengok kucing anda sudah tiada? Rasa macam nak gugur saja jantung kan?

Apabila kucing hilang, pemilik kebiasaannya akan bermati-matian mencari di sekitar kawasan perumahan dan sanggup korbankan masa rehat atau tidur, asalkan si bulus kesayangan dapat dijumpai.

Jika usaha tersebut tidak berhasil, poster akan ditampal di setiap pelusuk dan risalah akan diedarkan kepada orang ramai dengan harapan ada yang ternampak atau terjumpa kucing anda.

Ada yang bernasib baik dapat bertemu semula dengan kucing mereka manakala ada yang hilang buat selama-lamanya.

Seorang pengguna Twitter dari Jepun dengan twithandle @charlie0816, berkongsi cara yang beliau gunakan untuk membuat kucingnya yang hilang kembali semula ke rumah.

Beliau pada awalnya menghantar satu tweet yang menyatakan bahawa kucingnya telah hilang dan sudah tidak pulang selama dua hari.

Seorang pengguna membalas tweet tersebut dengan menulis, “Beritahu kucing di kawasan kejiranan anda: ‘Jika anda nampak kucing saya, beritahunya supaya pulang ke rumah’. Cara ini berkesan.”

Charlie kemudiannya mempraktikkan cara tersebut kepada kucing jalanan di kedai serbaneka kawasan perumahannya dan apa yang menakjubkan, keesokan harinya kucing beliau pulang ke rumah!

Namun rata-rata netizen tidak mempercayai cara tersebut dan berkata bahawa itu semua hanyalah kebetulan.

Walaubagaimanapun, ada netizen yang membalas tweet Charlie tersebut dan turut berkongsi pengalaman serupa dengan apa yang dilalui oleh Charlie.

Antara tweet-tweet oleh netizen yang berkongsi kisah mereka:

“Ibu saya turut melakukan perkara yang sama untuk seorang budak yang kehilangan kucingnya hanya dua hari selepas memilikinya. Dia memberitahu kucing jalanan tentang perkara itu dan kucing budak tersebut pulang keesokan harinya!”

“Saya pergi mencari kucing saya yang hilang dengan setin makanan kucing dan berselisih dengan kucing jalanan. Saya memberinya makan dan bercerita kepadanya, kucing saya pulang keesokan harinya!”

“Sewaktu saya kehilangan kucing saya, ada seekor kucing jalanan yang lalu depan rumah saya dan saya terus bertanya kepadanya tentang kucing saya. Ia meow dan perlahan-lahan berjalan menuju ke rumah stor dan meow di hadapannya. Kemudian saya terdengar bunyi meow kucing saya dari dalam!”

Teknik ini juga dikatakan berkesan untuk anjing. Seorang netizen berkongsi:

“Anjing kami hilang jadi saya minta bantuan seekor kucing untuk mencarinya, beberapa minit kemudian ia datang semula bersama anjing kami. Saya berasa agak seram dan dalam masa yang sama sangat gembira.”

Bunyinya seperti sukar dipercayai kan? Tetapi mungkin ini adalah kelebihan yang ada pada kucing yang kita tidak pernah tahu sebelum ini. Jadi, jika kucing anda tiba-tiba hilang selepas ini, anda tahu apa yang harus anda lakukan. Tetapi jangan pula anda sengaja ‘menghilangkan’ kucing anda untuk mencuba teknik ini.

(sumber: Sora News 24)

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!