Lelaki Ini Jumpa Kucingnya Tengah Lepak Kat Rumah Jirannya Dalam Iklan 'Rumah Untuk Dijual' );

Type to search

Haimeow Cerita

Lelaki Ini Jumpa Kucingnya Tengah Lepak Kat Rumah Jirannya Dalam Iklan ‘Rumah Untuk Dijual’

Avatar
Share
Kucing

Seorang lelaki terkejut apabila melihat kucingnya dalam satu iklan jual rumah di internet ketika melihat rumah jirannya yang ingin dijual.

Lelaki tersebut berkata dia mengetahui bahawa jirannya ingin menjual rumahnya dan terus melihat iklan rumah tersebut di internet.

Dia terus melihat gambar-gambar rumah tersebut dan apabila sampai ke satu gambar, dia terkejut melihat satu makhluk yang dikenalinya sedang ‘melepak’ di katil jirannya.

Rupa-rupanya, makhluk tersebut adalah kucingnya yang sedang lena tidur di atas katil jirannya itu.

Menurutnya, kini barulah dia tahu ke mana kucingnya kadang-kadang menghilang sepanjang hari.

Tetapi nampaknya, bukan lelaki itu sahaja yang mengalami situasi seperti itu. Seorang wanita membalas tweet lelaki tersebut dan berkata kucingnya juga gemar melepak di rumah jirannya.

“Ini kucing saya, tetapi itu bukan rumah saya,” tulis wanita itu.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!