Lelaki Nekad Berlawan Dengan Ular Sawa Demi Selamatkan Kucing Bunting - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita

Lelaki Nekad Berlawan Dengan Ular Sawa Demi Selamatkan Kucing Bunting

Share

Seorang peniaga di Johor sanggup membahayakan diri bergelut dengan ular sepanjang 2.5 meter dan seberat 35 kilogram semata-mata mahu menyelamatkan seekor kucing bunting, lapor Harian Metro.

Menurut Mohamad Asnaf, 24, yang tinggal di Kampung Gubah, Segamat, dia ketika itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bersarapan di kawasan berhampiran.

“Apabila tiba di kawasan semak, saya melihat seekor ular sawa menjalar ke arah seekor kucing bunting dipercayai seang nyenyak tidur untuk memakannya.

“Melihat keadaan itu, saya nekad menghampiri ular sawa batik berkenaan dan terjun dari motosikal sebelum menangkap kepalanya,” kata Azman menceritakan situasi cemas tersebut.

Tambahnya, badan ular tersebut cuba membelitnya tetapi dia sempat memasukkan ular berkenaan ke dalam plastik yang terdapat di kawasan berhampiran.

Ular itu kemudiannya diserahkan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Segamat untuk tindakan sewajarnya.

Jelas Azman, penduduk kampung sebelum ini berdepan kehilangan misteri beberapa ayam dan kucing yang dibela dan penangkapan ular sawa tersebut diharap menjawab segala persoalan penduduk kampung tentang kejadian itu.

[Sumber: Harian Metro]

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!