Lelaki Ini Sesat Atas Gunung, Tetapi Bernasib Baik Jumpa Seekor Kucing Yang Tunjukkan Jalan Pulang );

Type to search

Haimeow Cerita

Lelaki Ini Sesat Atas Gunung, Tetapi Bernasib Baik Jumpa Seekor Kucing Yang Tunjukkan Jalan Pulang

Share
Kucing tolong lelaki sesat atas gunung

Seorang lelaki berkongsi sebuah kisah bagaimana seekor kucing menjadi penyelamat kepadanya ketika sesat di sebuah gunung di Switzerland dengan menunjukkan kepadanya jalan pulang.

Kisah tersebut diceritakan oleh seorang pengguna Reddit  sc4s2cg yang menyatakan bahawa dia tersesat ketika sedang mendaki sebuah gunung dan berada di sebuah pekan yang tiada orang.

“Saya memeriksa peta saya untuk melihat bagaimana saya dapat kembali ke rumah tumpangan saya, dan satu-satunya jalan yang ada adalah melalui jalan yang sudah ditutup,” katanya.

Menurutnya, ketika itulah terdapat ‘penjaga gunung’ yang muncul dan menunjukkan jalan kepadanya dengan berjalan di hadapannya dan sentiasa melihat ke belakang untuk memastikan lelaki itu mengikutinya.

“Ia mula berjalan di hadapan dan sentiasa melihat ke belakang kepada saya menyuruh saya mengikutinya,” katanya.

Selepas kisahnya menjadi tular, ramai orang turut berkongsi kisah mereka dan menunjukkan gambar mereka berjumpa dengan kucing tersebut ketika mendaki di gunung berkenaan.

Selepas mereka berjaya menemui jalan pulang, lelaki berkenaan dan kucing tersebut berpisah membawa haluan masing-masing.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!