);

Type to search

Cerita Haimeow

Lelaki Tinggalkan Teman Wanita Vegan Kerana Tidak Sukakan Kucingnya Yang Makan Daging

Share

Seorang lelaki membuat keputusan untuk berpisah dengan teman wanitanya selepas wanita itu mengarahkan lelaki tersebut untuk membuang kucingnya.

Lelaki yang berusia 22 tahun itu berkata, teman wanitanya itu adalah seorang vegetarian, jadi dia tidak dapat menerima kucingnya yang karnivor.

Lelaki itu berkata, hubungannya dengan wanita tersebut bermula dengan baik selepas dirinya mengubah diet dirinya ke arah vegan seperti teman wanitanya itu.

“Pada awal perhubungan kami, dia memberitahu saya terus terang bahawa adalah penting baginya bersama dengan seseorang yang mempunyai nilai bebas kekejaman (mengamalkan diet vegan). Saya, seseorang yang telah mengamalkan diet pescatarian, agak sukar untuk menukar ke arah diet berasaskan tumbuhan,” menurut perkongsiannya di laman Reddit.

“Teman wanita saya bangga dengan saya dan semuanya seperti berjalan lancar. Kami menjadi pasangan vegan di kolej.”

Namun, teman wanitanya tidak gemar akan kucingnya, Mittens, kerana ia adalah seekor haiwan karnivor dan makan daging.

“Saya telah membelanya selama tiga tahun dan saya amat sayangkannya. Ia kucing yang menawan dan suka berpelukan.

“Bagaimanapun, teman wanita saya agak bimbang apabila berada bersamanya. Selepas beberapa ketika kami memutuskan untuk meluangkan masa di apartmennya daripada apartmen saya. Jadi Mitten tidak timbul dalam perbualan kami,” katanya.

Namun, pada satu malam, teman wanitanya membuatkannya seperti tidak ada pilihan.

Mitten [Gambar: Supplied via nzherald]

“Dia berkata, memasuki fasa seterusnya dalam hubungan kami, dia tidak nampak masa depan dengan saya kecuali jika saya melepaskan Mitten.

“Dia berkata memiliki kucing adalah tidak berperikemanusiaan bagi golongan vegan, kerana kucing mencederakan tikus dan makan daging, dan memiliki haiwan peliharaan melanggar prinsip vegan,” tambahnya lagi.

Tersentak, lelaki tersebut bertengkar dengan teman wanitanya dan enggan untuk melepaskan kucingnya.

“Saya berkata padanya bahawa saya sememangnya tidak akan melepaskan Mitten, dan Mitten tiada pilihan lain selain daripada memakan daging.

“Teman wanita saya menjadi marah dan berkata: “berapa banyak daging yang kucing kamu makan? Berapa banyak haiwan yang mati untuk menghasilkan makanannya? Adakah kamu ok jika itu adalah daging manusia?””

Lelaki berkenaan kemudiannya memberitahu teman wanitanya bahawa dia sepatutnya membangkitkan isu ini ketika awal-awal hubungan mereka.

Dia kemudiannya pulang ke rumahnya dan berpelukan dengan Mitten.

Dia kemudian bertanya kepada orang ramai di internet tentang apa yang patut dilakukannya mengenai hubungannya itu.

Rata-rata pengguna internet mengarahkannya supaya berpisah dengan teman wanitanya itu dan menyifatkan teman wanitanya sebenarnya cuba mengawalnya dan bukan menegakkan prinsip vegan.

“Teman wanita anda cuba memanipulasi anda dengan menipu tentang apa itu vegan,” tulis seorang pengguna internet.

“Jika dia betul-betul kisah tentang kekejaman haiwan, dia tidak akan mendesak anda untuk melepaskan kucing anda! Lepaskan wanita itu,” tulis seorang lagi.

Lelaki itu kemudiannya menghubungi teman wanitanya dan mengambil keputusan untuk berpisah dengannya.

Menurutnya, teman wanitanya sedikit marah ketika dia membuat keputusan tersebut.

“Dengan pandangan kami yang berbeza saya fikir adalah baik jika kami berpisah,” katanya.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!