Leon Advogato: Daripada Kucing Liar, Kini Menjadi Peguam Di Brazil Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita Pilihan Haimeow

Leon Advogato: Daripada Kucing Liar, Kini Menjadi Peguam Di Brazil

Share

Pasti anda pernah mendengar banyak kisah kucing yang ditugaskan menjadi penyambut tetamu kan? Berbekalkan wajah yang comel dan telatah yang mencuit hati, membuat tetamu tersenyum dan senang hati adalah kerja yang amat mudah.
Tetapi lain pula ceritanya di Brazil. Seekor kucing liar dilantik menjadi peguam!

Kisah bermula apabila Leon Advogato, seekor kucing liar di kawasan daerah persekutuan Brazil, mencari kawasan untuk berteduh ketika hujan di bangunan Peguam Negara Brazil.

Leon mula menjadikan kawasan itu sebagai tempat berteduh daripada hujan, tetapi kehadiran kucing comel ini tidak begitu dialu-alukan oleh sesetengah pihak.

Pihak syarikat menerima beberapa aduan tentang keberadaannya di kawasan penyambut tetamu – kebanyakkannya disebabkan oleh saiznya yang kecil – membuatkan mereka risau akan terpijak Leon.

Pihak lembaga syarikat akhirnya memutuskan bahawa Leon dilantik sebagai penyambut tetamu supaya kehadirannya di bangunan tersebut tidak dipertikai.

Dr. Jeanette Laredo menghantar satu kiriman di group Facebook ‘THIS CAT IS E M P L O Y E D’, dan berjaya meraih 11,000 perkongsian.

Dr. Jeanette menulis, “Selepas hujan lebat, makhluk kecil ini mencari perlidungan daripada kilat. Ia masuk ke dalam bangunan OAB (Order of Attorneys) dan tinggal di dalamnya…

“Walaubagaimanapun, ada yang membuat aduan tentang kehadiran kucing liar di kawasan penyambut tetamu yang cuba membuat kawan dengan orang yang lalu lalang.

“Untuk mengelakkan daripada menerima banyak lagi aduan, ahli lembaga memutuskan satu jalan penyelesaian: melantik kucing ini sebagai pekerja… jadi, kucing ini secara rasmi dipertanggungjawabkan untuk menyambut tetamu (sama ada mereka suka atau tidak).

Leon menjalankan tugasnya sebagai penyambut tetamu dengan sangat baik sehingga ia akhirnya dinaikkan pangkat menjadi salah seorang peguam. Leon kini mempunyai lencana pekerja rasmi dan bakal mempunyai pejabatnya sendiri.

Bukan itu sahaja, Leon juga kini adalah seorang ‘instafamous’ dengan jumlah pengikut di instagram sebanyak 73,300 followers! Anda boleh follow ‘peguam’ bulus ini di instagram @dr_leon_advogato.

Jurucakap Leon memberitahu BoredPanda, “Kami sedang menyiapkan dokumen untuk menubuhkan institut hak asasi haiwan yang akan dikenali sebagai ‘Instituto Dr. Leon’.
Walaubagaimanapun, kami tidak mampu menempatkan kesemua haiwan-haiwan, jadi kami akan memberi dana kepada NGO. Kami akan menjadi contoh kepada (syarikat-syarikat) Brazil.

“Sekarang, Leon sangat mesra dengan semua orang. Mereka yang dahulunya tidak sukakannya kini gembira dengan kehadirannya. Tempat kegemaran Leon ialah di sofa Presiden Auriney, bermain dengan mainannya.”

Tags:
error: Content is protected !!