Lihat Gelagat Kucing Ini Pura-pura Tidur Untuk Mencuri Ayam Goreng Tuannya
Share

Memiliki kucing adalah satu perkara yang amat menyeronokkan. Pemilik kucing pastinya setuju bahawa hari-hari yang dilalui bersama kucing penuh dengan warna-warni.
Bukan sahaja wajahnya yang comel, telatahnya yang comel dan nakal juga sentiasa mencuit hati.
Seperti kucing yang berada di video di bawah. Gelagatnya yang mahu mencuri ayam goreng kepunyaan tuannya dengan berpura-pura tidur benar-benar menggelikan hati.
Walaupun telah dihalang beberapa kali, ia tetap tidak patah semangat dan teruskan dengan taktik pura-pura tidurnya itu.