Lihat Gelagat Kucing Ini Yang Kantoi Curi Duit, Tetapi Tidak Putus Asa Dan Terus Mencuri Lagi - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita

Lihat Gelagat Kucing Ini Yang Kantoi Curi Duit, Tetapi Tidak Putus Asa Dan Terus Mencuri Lagi

Share

Sebuah video lucu seekor anak kucing yang kantoi mencuri wang berjaya mencuit hati warga internet.

Anak kucing nakal itu sebenarnya adalah kucing jalanan yang diambil oleh pemilik pub berkenaan, Nadezhda Vodolazskaya, 37, yang menjumpainya dalam sebuah kotak.

Menurut Nadezhda, anak kucing tersebut bernama Masyanya dan baru berusia beberapa bulan.

Nadezhda berkata Masyanya sememangnya nakal dan ini bukanlah kali pertama ia cuba melarikan wang.

Video berkenaan diambil daripada CCTV sebuah bar di Rusia yang menunjukkan anak kucing berwarna oren itu cuba melarikan diri dengan seikat wang di mulutnya, tetapi berjaya dihentikan oleh seorang pengunjung.

[Sumber: Instagram @pivbar_cccp]

Namun, kucing tersebut nampaknya tidak berputus asa dan kembali meneruskan aktivitinya itu, cuma kali ini ia mengikut laluan lain dan berlari lebih pantas.

Pemuda tadi bagaimanapun sempat melihat kucing tersebut cuba mencuri sekali lagi tetapi kali ini dia hanya membiarkan sahaja.

[Sumber: Instagram @pivbar_cccp]

Nadezhda bagaimanapun menjelaskan bahawa wang yang cuba dilarikan oleh Masyanya itu adalah wang palsu yang diletakkan sebagai hiasan.

Namun, melihat kecintaan kucingnya itu terhadap wang, dia berkata akan lebih berhati-hati selepas ini kerana bimbang Masyanya akan cuba melarikan wang yang betul.

“Saya tidak pasti mengapa ia sangat meminati wang tetapi kami pasti akan berjaga-jaga selepas ini dan menyembunyikan peti wang,” katanya.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!