Lindungi Kucing Anda Daripada Cacing Dengan 5 Cara Ini - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Kesihatan Pilihan Haimeow

Lindungi Kucing Anda Daripada Cacing Dengan 5 Cara Ini

Share

Jangkitan cacing adalah antara kerisauan yang utama dalam kalangan pemilik kucing. Mana tidaknya, kucing yang dijangkiti cacing berisiko mendapat penyakit yang serius sehingga mampu menggugat nyawanya.

Sebagai seorang pemilik kucing, anda harus peka dengan perkara ini dan pastikan si bulus anda dilindungi daripada cacing. Berikut adalah cara-cara untuk pastikan bahawa kucing anda dilindungi daripada cacing:

1. Perhatikan Apa Si Bulus Makan

Perkara ini adalah sangat penting terutama jika kucing anda adalah kucing ‘outdoor’. Kucing berisiko dijangkiti cacing daripada bangkai haiwan yang diburunya seperti tikus, burung dan tupai. Selain itu, daging mentah atau makanan yang belum dimasak turut menyebabkan kucing anda berisiko dijangkiti cacing.

2. Asingkan Haiwan Atau Kucing Lain Yang Dijangkiti

Asingkan haiwan atau kucing lain yang dijangkiti dan beri ubat cacing kepada semua kucing sekaligus. Jika ada haiwan peliharaan atau kucing anda yang lain dijangkiti cacing, cuba asingkan daripada kucing anda yang sihat. Berkongsi bekas makanan dan air, dan bekas najis boleh menyebabkan jangkitan. Jika boleh, letakkan kucing yang dijangkiti di bilik yang berasingan. Beri ubat cacing kepada semua kucing sekaligus.

3. Sentiasa Periksa Najis Si Bulus

Perhatikan najis kucing anda. Jika bentuk, warna dan sifatnya lain daripada kebiasaan, segera rujuk kepada vet untuk mengetahui puncanya. Jika terdapat cacing di dalam najis, ambil sampel supaya mudah bagi vet untuk mengenalpasti.

4. Pastikan Si Bulus Bebas Kutu

Kutu juga mampu menyebabkan jangkitan cacing kepada kucing anda. Sentiasa periksa bulu kucing andadan pastikan ia bebas kutu. Dapatkan rawatan kutu dengan segera jika anda dapati terdapat kutu di bulunya.

5. Bawa Si Bulus Ke Vet Untuk Proses Deworm

Bawa si bulus anda ke klinik veterinar untuk memberinya ubat cacing mengikut jadual dan periksa sama ada kucing anda bebas cacing atau tidak. Ikut nasihat yang doktor berikan dan jangan malu untuk bertanya mengenai cara penjagaan kucing anda

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!