Lolly, Kucing 'Attention Seeker' Yang Selalu Pura-pura Mati Untuk Perdaya Jiran - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita Pilihan Haimeow

Lolly, Kucing ‘Attention Seeker’ Yang Selalu Pura-pura Mati Untuk Perdaya Jiran

Share

Seorang pemilik kucing terpaksa menulis nota kepada jiran-jirannya untuk meyakinkan mereka bahawa mereka tidak menyebabkan kematian kucingnya akibat kenakalan kucingnya itu.

Lolly adalah seekor kucing yang suka baring kaku di tengah jalan dengan mata tertutup dan lidah terkeluar, menyebabkan pengguna jalan raya menyangka bahawa ia telah mati akibat dilanggar.

Lesley Southam berkata, kucingnya itu sememangnya sukakan perhatian daripada orang ramai dan disebabkan itu, dia telah meletakkan nota di peti surat jiran-jirannya untuk memberitahu orang ramai tentang perangai kucingnya itu.

“Ia amat sukakan perhatian dan orang ramai,” kata Lesley. “Ia akan baring begitu kaku sehingga orang ramai akan berhenti memeriksa keadaannya.”

[Gambar: Triangle News]

“Ia telah menjadi terkenal di pekan ini. Semua orang mengenali Lolly.”

Tambah Lesley, itu bukan sahaja perkara nakal yang dilakukan oleh kucingnya itu. Lolly juga gemar memanjat di atas kereta orang ramai dan ‘pecah masuk’ pejabat dan buat seperti rumah sendiri. Ia pernah tinggal di sebuah pejabat selama dua hari dan dilayan seperti raja oleh pekerja di situ.

Nota yang ditulis oleh Lesley memaparkan gambar Lolly dan teks yang tertulis: “Hi, nama saya Lolly.

“Saya suka akan orang ramai dan berpura-pura mati di tepi jalan.

[Gambar: Triangle News]

“Saya juga agak tua dan tidak kisah. Tolong jangan risau akan saya.

“Semua kedai tempatan dan veterinar kenal pemilik saya. Jika anda betul-betul risau sila hubungi ibu saya.

“Saya juga dikenali suka masuk ke dalam kenderaan.”

Lesley turut meletakkan nombor telefonnya supaya orang ramai boleh menghubunginya jika terdapat apa-apa kerisauan.

Menurut Lesley, pelajar-pelajar sekolah di kawasan itu sentiasa menyanyikannya lagu dan memeluknya jika terserempak dengannya.

[Sumber: Mirror]
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!