Lucu! Seekor Kucing Menghalang Rakannya Si Anjing Dari Pergi Berjalan-jalan Dengan Tuannya - Verst );

Type to search

Cerita Haimeow Pilihan Haimeow

Lucu! Seekor Kucing Menghalang Rakannya Si Anjing Dari Pergi Berjalan-jalan Dengan Tuannya

Share

Seekor kucing nakal menggigit dan memgang tali leher rakannya seekor anjing kerana tidak mahu membenarkannya keluar berjalan-jalan bersama tuan mereka – mungkin kerana cemburu tidak dapat ikut bersama.

Video tersebut telah dirakam oleh tuan mereka, Jake Windram, 24, yang menunjukkan si anjing, Mouse, dan si kucing, Jaffa, sedang bergelut kerana kucing tersebut memegang tali lehernya.

View this post on Instagram

Jaffa wants to walk Mouse #walkies #mouse #jaffa

A post shared by Mouse and Jaffa (@mouseandjaffa) on

Jake, ketika sedang merakam aksi tersebut di rumahnya di Melbourne bertanya kepada Mouse, “Mouse, come on! Come on, do you wanna go for a walk?”

Mouse saat disoal untuk keluar berjalan-jalan

Mouse melihat ke atas dengan seronoknya sambal Jaffa baring di belakangnya.

Ketika anjing itu hendak ikut tuannya pergi ke luar, kucing tersebut dilihat memegang tali leher anjing itu menyebabkan anjing tersebut tidak dapat berganjak.

Mouse merupakan anjing baka Jack Rusell

Mouse memarahi Jaffa lalu terus mengambil tali lehernya dari Jaffa dan pergi ke tuannya.

Dengan seronoknya dia berjalan kearah tuannya

Selepas berlakunya aksi tarik tali, kucing tersebut melepaskan tali leher itu dan Mouse segera jalan ke luar rumah.

Jake kedengaran berkata, “Yes! Come on! Good boy”

Walaupun berbeza, namun hubungan mereka seperti adik-beradik

Menurut laman Instagram rasmi mereka iaitu mouseandjaffa, pemilik mereka menjumpai Mouse menggigil di dalam sebuah sangkar manakala Jaffa pula telah diselamatkan oleh pemiliknya sebelum ia dimatikan .

Jaffa merupakan kucing baka orange tabby

Mereka berdua sentiasa bermain sesama sendiri, kadangkala Mouse akan mengacau Jaffa yang sedang berehat.

Kini, hubungan Mouse dan Jaffa umpama adik-beradik.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!