Makanan Kucing Terbaik Bagi Kucing Parsi - Verst );

Type to search

Haimeow Kesihatan Longhair Pilihan Editor Pilihan Haimeow

Makanan Kucing Terbaik Bagi Kucing Parsi

Share

Kucing baka Parsi adalah antara kucing yang popular dan menjadi pilihan peminat-peminat kucing kerana keunikan bulu panjang dan sifat mereka yang menarik. Namun, membela kucing Parsi bukanlah mudah kerana ia memerlukan penjagaan khusus terutama dari segi pemakanannya.

Makanan untuk kucing Parsi harus diberi perhatian oleh pemilik kerana berat badan kucing Parsi mudah meningkat dan ini akan menyumbang kepada masalah obesiti. Pemilik kucing Parsi perlu mengetahui makanan yang sesuai untuk kucing Parsi, terutama mengenai keperluan nutrisinya, seperti asas pemakanan serta vitamin yang diperlukan oleh badannya.

Kucing Parsi harus dibekalkan dengan makanan ‘super premium’ yang dilengkapi dengan khasiat yang membantu menjaga kesihatannya. Makanan untuk kucing berbulu panjang atau “Long Hair” keluaran EQUILIBRIO dihasilkan dengan sumber protein yang berkualiti tinggi dan diperkaya dengan nutrien khusus untuk memelihara otot, kesihatan bulu, penglihatan dan juga keseimbangan tubuh kucing.

Taurin, iaitu sejenis asid amino yang penting untuk pembinaan dan penjagaan struktur badan dari segi penglihatan, kesihatan jantung dan juga pembiakan kucing. Kucing mempunyai keupayaan yang terhad untuk mensintesis taurin dalam badan, oleh itu taurin harus berada di dalam makanan kucing. Jika kucing tidak mendapat nutrisi yang mencukupi dalam pemakanannya, ia akan mengalami masalah kulit, jantung dan neurologi.

Dalam sistem penghadaman kucing, asid amino yang terdapat di dalam protein diserap dan disintesis untuk membentuk sebatian baru yang penting dalam penjagaan pelbagai struktur badan. Bagi memastikan proses ini berlaku dengan sihat, adalah penting untuk kucing mendapat sumber protein yang berkualiti tinggi. Makanan kucing Equilibrio Long Hair yang dilengkapi dengan protein berkualiti tinggi akan memberikan daya pencernaan yang tinggi.

Equilibrio Long Hair yang bernutrisi tinggi juga membantu mengawal tahap pH air kencing kucing yang seimbang dan memelihara kesihatan saluran kencing kucing. Kombinasi bahan-bahan dalam Equilibrio Long Hair juga mampu mencegah pengumpulan hairball dalam saluran penghadaman kucing. Selain itu, Equilibrio Long Hair juga mengandungi Omega 3 dan 6 tahap tinggi yang menjadikan kulit dan bulu si manja anda lebih sihat.

Maklumat & Pembelian : https://equilibrio.com.my/product/adult-cats-long-hair

Sumber: Equilibrio Malaysia
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!