Awas! 10 Jenis Makanan & Minuman Yang Bahaya Kepada Kucing - Verst );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Awas! 10 Jenis Makanan & Minuman Yang Bahaya Kepada Kucing

Share
Kucing

Sudah menjadi kebiasaan bagi pemilik kucing ‘ditemani’ oleh si bulus ketika waktu makan. Walaupun baru sahaja memberi si bulus anda makan, ia tetap juga berminat dengan menu yang ada di pinggan anda.

Untuk pengetahuan anda, berkongsi makanan dengan si bulus tidak menjadi masalah malah baik untuk merapatkan lagi hubungan antara anda dan si bulus. Cuma anda harus berhati-hati kerana sesetengah makanan dan minuman manusia mengandungi bahan yang bahaya kepada kesihatan si bulus.

Berikut adalah 10 makanan dan minuman yang harus anda elakkan daripada beri kepada si bulus anda:

1. Bawang putih dan bawang merah

Kedua-duanya mengandungi tiosulfat yang boleh menyebabkan masalah serius kepada kucing anda.

 

2. Produk susu lembu

Majoriti kucing adalah lactose intolerant, bermakna mempunyai alahan terhadap makanan dan minuman yang berlaktosa – termaksuk susu lembu. Ini boleh menyebabkan diarrhea kepada kucing anda.

3. Hati

Hati boleh menyebabkan kucing mendapat vitamin A yang berlebihan daripada dos yang sepatutnya.

 

4. Daging mentah

Daging mentah mempunyai banyak bakteria di dalamnya yang boleh membahayakan kesihatan si bulus.

5. Anggur dan kismis

Kedua-dua makanan ini tidak baik untuk si bulus kerana boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang.

 

6. Alkohol

Seperti manusia, alkohol juga tidak sihat buat si bulus dan boleh menyebabkan kematian.

7. Coklat

Coklat boleh menyebabkan kegagalan jantung si bulus.

 

8. Telur mentah

Putih telur yang mentah mengandungi avidin yang boleh menghalang penyerapan khasiat seperti biotin, vitamin B yang penting bagi tubuh si bulus.

9. Tulang

Jangan sesekali bagi sisa tulang kepada si bulus kerana ia mampu melukakan mulutnya dan merosakkan perut si bulus. Jika ingin memberi kucing makan ikan, pastikan anda buang dahulu tulangnya.

 

10. Kafein

Boleh menyebabkan si bulus hiperaktif hingga berlaku kekejangan.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!