Manfaat Rumput Buat Kucing Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cattiviti

Manfaat Rumput Buat Kucing

Share

Tanpa kita sedari ada banyak tumbuhan yang sesuai untuk dimakan oleh kucing anda. Ia dilakukan sama ada untuk kucing itu merawat penyakitnya sendiri atau suka dengan bau tumbuhan tersebut.

Buat pemilik kucing, anda pasti pernah bertemu dengan situasi di mana setelah kucing anda memakan rumput kemudian memuntahkannya kembali. Ada yang berpendapat bahawa rumput itu telah memberi kesan terhadap kucing anda.

Sebenarnya ramai pakar berpendapat mengunyah rumput itu sebenarnya bermanfaat untuk kucing. Teorinya yang boleh dilihat adalah seperti berikut:

Karnivor

Kucing memuntahkan kembali apabila memakan rumput adalah kerana ia kekurangan enzim yang diperlukan untuk menghadam tumbuhan.

Sudah pasti ia bukan suka melakukan perkara itu namun situasi tersebut boleh menghilangkan apa-apa yang tidak dicerna di dalam salur penghadaman kucing untuk keluar semula melalui muntah.

Sebagai Jus

Seperti susu ibu, cecair dalam rumput mempunyai asid folik. Ia merupakan satu vitamin untuk keperluan tubuh badan kucing dan membantu dalam menghasilkan hemoglobin, iaitu protin yang membawa oksigen ke dalam darah.

Penghadaman Semulajadi

Terdapat satu lagi teori menyatakan yang rumput berperanan sebagai ubat pencuci perut atau julap buat kucing, yang mampu menyelesaikan hal ketidakcernaan.

Cara ia mengeluarkan sesuatu di dalam perut ialah dengan mencari rumput yang boleh mencuci sistem penghadaman mereka.

Memakan rumput bukanlah sesuatu yang tidak baik buat kucing anda. Selain pencernaan dan sebab yang telah dinyatakan di atas, ia juga untuk melegakan tekak dan perut, terutama sekali setelah kucing menjilat badannya yang dipenuhi dengan bulu.

Jadi untuk mengeluarkan bulu-bulu yang tersimpul dalam perut maka dengan memakan rumput ini akan membuatkan ia memuntahkannya kembali.

Untuk pengetahuan anda, rumput kucing boleh didapati dan dijual di kedai-kedai haiwan peliharaan serta mudah untuk ditanam di kawasan rumah anda termasuk yang tinggal di apartmen, kerana ia memerlukan ruang yang kecil sahaja untuk hidup.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!