Wanita Marah Cucu Sepahkan Rumah, Tetapi Gelagat Oyen Bersantai Jadi Perhatian Netizen
Share

Menjaga anak-anak kecil bukanlah satu perkara mudah. Dengan telatah mereka yang pelbagai dan ditambah pula dengan kenakalan, pasti ada saja kelakuan mereka yang memeningkan kepala.
Cuba bayangkan pula menjaga anak-anak kecil ditambah dengan kucing, lagi-lagi kucing oren atau si oyen yang terkenal dengan kenakalannya, pasti tak boleh nak berehat langsung melayan kerenah mereka.
Itulah yang berlaku kepada seorang wanita ini yang pening kepala dengan kerenah cucu-cucunya yang menyepahkan rumah dengan gabus dalam sebuah video TikTok yang tular.
Apa yang menarik perhatian netizen adalah gelagat si oyen yang bernama Noah yang bersantai di dalam timbunan gabus berkenaan.
@peachesommey Allahhuakbar,dugaan apa kah aku hari ni..dia buat hal lagi sekali..dkt sejam gak lah papa dia kemas td...aku tak larat dah nak jadi tarzan.🤣🤣🤣🤣🤣
♬ original sound - rina
Noah kelihatan begitu selesa dalam timbunan gabus tersebut.
@peachesommey semua ckp noah comel kan...tiba2 ramai plk peminat awak kan..t.kasih semua. 🥰😘
♬ original sound - rina
Telatah comel Noah juga membuatkannya terlepas daripada dimarahi.
@peachesommey Ada yg minta video lg kan..damia n danish kena marah,mai tang noah tak blh nak teruskan marah..😅
♬ original sound - rina