Masalah 'over-grooming' dan apa yang boleh anda lakukan - Verst );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Masalah ‘over-grooming’ dan apa yang boleh anda lakukan

Share

Menjilat bulu dan anggota badan adalah perilaku semulajadi kucing untuk membersihkan dirinya. Kucing boleh menghabiskan sehingga 50% masanya dengan membersihkan dirinya.

Namun, terdapat juga kucing yang membersihkan dirinya secara berlebihan sehingga sehingga bulu tertanggal dan terdapat kawasan yang menjadi botak. Tabiat mendandan secara berlebihan ini kebiasaannya dipanggil over-grooming.

Anda harus faham bahawa dandanan yang berlebihan kadang kala tidak boleh dijangka, dan tiba-tiba sahaja anda perasan terdapat kawasan yang kebanyakan bulu sudah tertanggal atau botak.

Biasanya, kucing menjilat untuk menghilangkan lebihan bulu yang tertanggal, kotoran, parasit dan sisa makanan dari bulu mereka. Selain itu, tabiat mendandan dapat membantu memelihara bulu dan kulit kucing.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kucing mendandan atau menjilat bulunya secara berlebihan:

  • Cuba melegakan stres
  • Terdapat parasit yang membuatkan mereka gatal atau tidak selesa
  • Penyakit kulit dan alahan yang menyebabkan kegatalan

Jika anda mendapati ada tanda-tanda bulu yang hilang dari kawasan tertentu pada bahagian tubuh kucing anda, segera bawa mereka berjumpa doktor haiwan. Kemungkinan kucing anda dijangkiti parasit atau alahan yang menyebabkan bulu mereka hilang. Jika tiada alahan atau parasit yang mengganggu kucing anda, ini bermakna ia sedang stres.

Jika anda mendapati bahawa kucing anda stres, cuba kenalpasti punca atau masalah yang membuatkan kucing anda stres.

Antara perkara-perkara yang boleh membuatkan kucing stres adalah terdapat ketibaan ahli baru dalam keluarga, seseorang meninggalkan mereka, susunan perabot yang sudah ditukar, ubah suai rumah atau berpindah ke rumah baru. Sebaik sahaja anda kenalpasti puncanya, pasti mudah untuk anda cuba membantu mereka supaya tidak stres lagi.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!