Memandu Bersama Kucing, Adakah Si Bulus Anda Bersedia? - Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita

Memandu Bersama Kucing, Adakah Si Bulus Anda Bersedia?

Avatar
Share

Antara kesukaran yang dihadapi oleh pemilik kucing adalah membawa si bulus mereka menaiki kenderaan sama ada untuk pulang ke kampung, pergi berjumpa doktor veterinar mahu pun berjalan-jalan.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

Pemilik kucing harus memikirkan dengan teliti tentang kesan perjalanan yang dirancang kerana ia boleh memberi kesan emosi kepada si bulus.

Antara penilaian yang perlu diambil kira adalah bagaimana ‘mood’ kucing, berapa lama tempoh perjalanan dan jarak serta keadaan perjalanan.

Mudah Stres

Umumnya diketahui, kucing sebenarnya mudah cenderung untuk tertekan atau stres apabila mula menjejakkan kaki di dalam kenderaan.

Ia berkemungkinan berpunca daripada tempoh perjalanan yang lama dan juga faktor bunyi bising yang dihasilkan daripada kenderaan yang dinaiki atau kenderaan lain.

Tekanan ini boleh terjadi semasa perjalanan malah boleh berlarutan sehingga ke destinasi yang diutju.

Kucing mula mengalami ketakutan dan tekanan apabila berlaku sesuatu perubahan mendadak antaranya terpaksa berada dalam kenderaan untuk tempoh yang lama, lebih-lebih lagi apabila mereka dikurung di dalam carrier sepanjang perjalanan.

Namun tidak dinafikan terdapat sesetengah kucing yang begitu menikmati perjalanan menaiki kenderaan.

Penggunaan Carrier

Pemilik kucing tidak digalakkan untuk memegang, mendukung atau membiarkan kucing bebas berkeliaran semasa di dalam kenderaan, lagi-lagi jika tiada orang lain bersama di dalam kenderaan.

Jika berlaku sesuatu kecemasan yang atau bahaya, pastinya kucing akan bertindak agresif kerana sifat semula jadi mereka yang mudah terkejut jika berlaku sesuatu kejadian atau bunyi yang terlalu kuat.

Penggunaan carrier adalah jawapan kepada masalah ini. Kaedah ini memudahkan pemilik untuk fokus kepada pemanduan tanpa gangguan walaupun kucing sememangnya benci dikurung di dalam carrier.

Pemilik kucing yang menggunakan carrier juga harus mengambil kira faktor keselamatan kedudukan carrier supaya tiada apa-apa berlaku kepada si bulus,

Rancang Perjalanan

Selain itu, adalah lebih selamat sekiranya anda memakaikan tali pinggang keledar pada kerusi tempat carrier diletakkan.

Jika jarak perjalanan singkat, kemungkinan kucing anda akan duduk dengan baik di dalam carrier sepanjang perjalanan.

Jika sebaliknya, pemilik harus memantau keadaan si bulus dari semasa ke semasa sama ia kehausan, lapar atau mahu membuang najis.

Seeloknya, mulakan perjalanan di awal pagi kerana kucing lebih tenang dan mudah menyesuaikan diri ketika suasana sekelilingnya gelap.

Pada waktu pagi juga, cuaca lebih sejuk berbanding tengah hari atau petang, yang boleh membuatkan kucing anda kepanasan dan tidak selesa.

Hantar Boarding

Sekiranya anda masih rasa sukar untuk membawa kucing anda menaiki kenderaan, lebih baik sekiranya anda mengupah orang untuk menjaganya atau menghantar kucing anda ke hotel kucing.

Mengutamakan keselamatan penumpang dan juga haiwan peliharaan adalah tonggak utama sebelum merancang perjalanan ke destinasi.

Pemilik kucing tidak seharusnya berkrompomi soal ini dalam apa jua perkara.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!