);

Type to search

Cattiviti Haimeow

Mengapa Banyak Kucing Mempunyai ‘Stokin’ Putih Di Kaki Mereka?

Share

Jika anda lihat kucing rumah atau kucing domestik, kebanyakannya akan mempunyai corak tompokan putih di hujung kaki mereka atau kebiasaannya digelar ‘stokin’. Namun, corak ini jarang sekali dapat dilihat pada keluarga kucing yang lain.

Menurut satu penyelidikan yang dijalankan, hal ini bermula sejak 10,000 tahun lalu apabila manusia mula menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan.

Profesor emiritus dan Ketua Makmal Genetik Kucing di University of Missouri College of Veterinary Medicine, Leslie Lyons berkata domestikasi kucing ini menyumbang kepada corak stokin yang dapat dilihat pada kucing, dan juga corak-corak bulu badan yang lain.

“Ketika manusia menjadi petani dan tinggal di satu tempat, mereka mempunyai stok gandum dan tanaman yang menarik minat tikus. Jadi manusia mula membela kucing bagi mengatasi masalah tikus.

Tidak terdapat banyak bukti mengapa orang terdahulu yang mula membela kucing memilih jenis kucing yang mereka inginkan, tetapi menurut Leslie pemilihan kucing adalah mungkin berdasarkan corak yang mampu mengganggu penyamaran mereka.

Di dalam habitat hutan atau gurun, kucing yang mempunyai corak putih di kaki mereka akan lebih mudah kelihatan di mata pemangsa.

Menurut Leslie, corak stokin yang terdapat pada kucing domestik juga mungkin menjadi salah satu sebab yang menarik minat manusia zaman dahulu untuk membela mereka.

Manusia juga lebih tertarik dengan kucing yang jinak, tenang, dan selesa bersama manusia. Untuk sebab yang tidak dapat dipastikan oleh saintis, haiwan yang mempunyai corak atau tompokan putih juga adalah lebih jinak berbanding yang lain.

Warna dan corak berbeza yang terdapat pada kucing-kucing mula timbul sebaik embrio kucing mula membesar. Sel yang menentukan warna kucing yang dikenali sebagai sel neural crest terletak di bahagian belakang kucing, kata Leslie.

Sel tersebut kemudiannya mula bergerak ke seluruh kawasan badan yang lain. Jika gelombang sel tersebut bergerak dengan cukup jauh untuk bertemu antara satu sama lain di bahagian hadapan kucing, kucing yang dilahirkan akan menjadi satu warna.. Tompokan warna muncul apabila sel ini tidak bergerak jauh.

Jadi, jika anda melihat kucing yang mempunyai corak pada badan atau kucing yang ‘memakai stokin’ di kakinya, ketahuilah bahawa corak tersebut terjadi akibat mutasi genetik dan biologi.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!