);

Type to search

Haimeow Kesihatan

Mengapa Kucing Adalah Medium Terapi Anti-Stres & Autisme Yang Terbaik

Share

Mungkin bagi sesetengah orang, si bulus hanyalah sebahagian daripada haiwan peliharaan sahaja. Tetapi tahukah anda, kucing sebenarnya boleh menjadi terapi bagi mereka yang menghadapi stres dan autisme?

Pelbagai kajian telah dilakukan yang mendapati kucing bukan sahaja mampu haiwan peliharaan yang comel dan manja, tetapi turut membantu meningkatkan tahap kesihatan anda.

Sangat sesuai sebagai medium terapi, kucing mampu meningkatkan ketenangan seseorang sekaligus menyumbang kepada kesihatan mental yang lebih baik – mungkin bukan ketika ia muntah di atas karpet anda atau menolak cawan jatuh dari meja anda.

PENEMAN/RAKAN BAIK

Jika anda sentiasa merasa kesepian, memelihara kucing adalah salah satu alternatif yang dapat mengisi kekosongan hati. Kucing adalah makhluk yang mampu membina hubungan yang baik dan rapat dengan manusia. Kucing juga adalah makhluk yang paling sesuai untuk anda mempelajari untuk membina hubungan berdasarkan kepercayaan kerana adalah sukar untuk mendapat kepercayaan kucing.

TENANGKAN PERASAAN

Menghabiskan masa dengan kucing dapat membantu meningkatkan mood anda. Ketika anda sedang resah, bermain dengan kucing dapat membantu membuatkan perasaan menjadi lebih baik. Tingkah laku kucing dipercayai dapat membina semangat dan mood yang jauh lebih baik.

TERAPI AUTISME

Secara umum, manusia yang berinteraksi secara langsung dengan haiwan peliharaan akan mencipta interaksi sosial. Kucing merupakan salah satu haiwan peliharaan yang paling sesuai sebagai perantara terapi. Satu kajian di University of Missouri telah membuktikan bahawa interaksi antara penghidap autisme dan kucing secara terus dapat menjadi terapi yang berkesan bagi penghidap autisme.

AGEN NYAH-STRES

Dengan memelihara kucing, anda dapat berhibur dengan tingkah laku si bulus yang menceriakan. Tahap stres anda akan menurun serta ia dapat membantu risiko sakit jantung. Dengan bertemankan si bulus, anda dapat mengelakkan perkara ini berlaku.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!