Mengapa Kucing Gemar Tidur Atas Tuannya? - Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cattiviti

Mengapa Kucing Gemar Tidur Atas Tuannya?

Avatar
Share

Adakah kucing anda gemar tidur di atas badan anda? Kadang-kadang apabila kita sedang tidur, kucing akan menyelinap ke atas katil dan ‘landing‘ di atas badan kita.

Jom ketahui mengapa kucing suka tidur atau merehatkan dirinya di atas badan anda.

Haba Badan Anda Membuat Si Bulus Selesa

Suhu badan normal kucing adalah 102. 5 Fahrenheit ataupun 39 Celcius, lebih panas daripada suhu normal manusia.

Disebabkan itulah anda selalu melihat kucing anda suka ‘melepak’ di ‘spot‘ pelik seperti di tepi tingkap yang cahaya matahari memancar terik, di bawah atau di dalam almari, di bawah katil dan banyak lagi tempat-tempat yang seperti itu.

Tempat-tempat sebegitu ideal baginya untuk mengekalkan suhu badannya yang tinggi.

Si Bulus Mahu Bermanja Dengan Anda

Dr. Mikel Delgado, pakar tingkah laku kucing yang diperakui berkata, “Bagi sesetengah kucing, mereka suka tidur dengan pemilik mereka kerana inginkan haba atau menguatkan ikatan dengan pemilik.”

“Kucing juga tidur sesama mereka dan menjadikan kucing lain sebagai ‘bantal’. Bagi kucing yang memerlukan perhatian lebih, mereka akan tidur di atas pemilik mereka,” tambah beliau.

Apa Yang Harus Dibuat Jika Kucing Anda Tidak Mahu Bergerak?

Jika di bulus sudah selesa di atas anda, agak mustahil untuk membuatnya turun. Jika anda betul-betul harus bangun, contohnya ingin ke tandas, Perlahan-lahan gerakkan si bulus ke tepi anda atau gunakan selimut untuk mengalihkannya.

Jangan lakukan dengan tergesa-gesa kerana anda boleh mengejutkan si bulus.

Kenapa Si Bulus Tak Mahu Tidur Dengan Anda

Jika si bulus anda tidak mahu tidur dengan anda walaupun sudah berkali-kali anda cuba, anda mungkin tertanya-tanya mengapa.

Menurut Dr. Delgado, “Ini mungkin disebabkan anda banyak bergerak ketika tidur, dan membuatnya berasa tidak selesa. Mungkin juga terdapat kucing atau haiwan peliharaan lain yang turut tidur bersama yang membuatnya tidak selesa berkongsi.

Jika si bulus sudah biasa tidur dengan anda dan tiba-tiba enggan, mungkin terdapat perubahan yang membuatnya tidak mahu tidur dengan anda, seperti perubahan posisi katil atau sabun pencuci cadar yang anda biasa gunakan.

“Bagaimana Mahu Buat Kucing Saya Tidur Bersama?”

Bagi anda yang ingin membuat si bulus tidur bersama, Dr. Delgado menyarankan anda supaya meletakkan lapisan pemanas ketika waktu tidur di bahagian kaki anda. Jika anda mahu si bulus tidur di sesuatu kawasan, anda boleh letakkan lapisan pemanas tersebut di kawasan yang dikehendaki.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!