Mengapa Mata Kucing Anda Berair? Adakah Anda Perlu Bawanya Berjumpa Doktor? );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Mengapa Mata Kucing Anda Berair? Adakah Anda Perlu Bawanya Berjumpa Doktor?

Share
Mata Kucing

“Mengapakah mata kucing saya berair? Mengapa ia menggosok-gosok dan memicit-micit matanya? Adakah ia bahaya dan memerlukan rawatan doktor?” Jika kucing anda pernah mengalami atau sedang mengalami perkara tersebut, ini mungkin soalan-soalan yang bermain di minda anda.

Lapisan pada mata kucing memainkan peranan utama dalam menjaga kesihatan matanya.

Dikenali sebagai ‘tear film’, lapisan ini menapis habuk dan serpihan. Ia menjaga kelembapan mata kucing dan membekalkan nutrien. Ia juga berfungsi untuk melawan bakteria. Kadang-kadang, air mata adalah tanda bahawa mata kucing anda sedang melawan ancaman terhadap kesihatannya. Selalunya, penyebabnya adalah tidak serius dan akan hilang dengan sendirinya.

Tetapi jika terdapat tanda-tanda di bawah, anda harus membawanya berjumpa doktor haiwan;

Adakah tisu di sekitar mata kucing anda meradang dan merah?

Sekiranya anda melihat perkara ini pada salah satu atau kedua-dua matanya, dan matanya berair, ada kemungkinan ia mengalami conjunctiviti atau pinkeye.

Ini masalah mata yang paling biasa bagi kucing. Jangkitan, alergi, atau debu boleh menyebabkan ia berlaku. Ia boleh berjangkit, jadi kebanyakan kucing akan melaluinya sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka, kebiasaannya bagi kucing yang masih kecil.

Virus feline herpes juga boleh menyebabkan pinkeye. Sekiranya mereka mempunyai virus ini, mereka akan dijangkiti seumur hidup. Tetapi vaksin dapat mengurangkan gejala penyakit ini.

Doktor haiwan akan memberi ubat antibiotik dan ubat antivirus untuk kucing anda.

Pinkeye kebiasaannya akan baik tanpa rawatan. Tetapi, sekiranya anda melihat ia makin teruk dan kucing anda kelihatan sakit, bawa mereka berjumpa doktor haiwan.

Adakah matanya mengeluarkan cecair melekit atau kekuningan?

Kucing anda mungkin mengalami jangkitan. Ujian makmal dapat membantu doktor haiwan mengetahui apa punca masalah tersebut.

Lendir yang berwarna jelas bermaksud kucing anda mempunyai virus. Doktor akan memberitahu anda untuk memantau dan melihat apakah ia akan hilang sendiri dalam tempoh satu atau dua minggu.

Lendir hijau atau kuning menunjukkan jangkitan bakteria. Doktor mungkin akan memberi ubat mata atau antibiotik untuk merawatnya.

Adakah Kucing Anda Mempunyai Alergi?

Kucing boleh mempunyai alahan terhadap:

  • Debunga
  • Kulat
  • Kulapuk
  • Habuk
  • Ubat
  • Produk kawalan kutu
  • Wangian
  • Produk pembersih rumah

Doktor haiwan dapat mengetahui sama ada kucing anda mempunyai alahan dan akan mengesyorkan kaedah terbaik untuk merawatnya.

Gejala lain yang memerlukan perhatian doktor haiwan termasuk mengecilkan mata, mencakar atau menggosok mata, mata yang kelihatan keruh atau berwarna kekelabuan, atau keluar cecair dari bahagian hidung.

Baka Kucing Yang Matanya Mudah Berair

Terdapat beberapa baka kucing yang matanya mudah berair disebabkan bentuk muka mereka contohnya kucing brachycephalic (kucing yang berwajah rata) Apabila kucing mempunyai wajah yang rata, hidung kecil dan mata bulat yang besar, air mata cenderung untuk berair.

Beberapa kucing juga secara genetik cenderung untuk menghasilkan lebih banyak air mata daripada kucing lain. Mata kucing berair dan kotoran air mata biasa berlaku pada baka kucing seperti Exotic Shorthairs, Himalaya dan Parsi.

Secara amnya, ini tidak membahayakan kucing selagi tidak ada masalah lain yang berlaku pada matanya (sentiasa periksa dengan doktor haiwan untuk memastikannya). Anda cuma harus kerap membersihkan kawasan bawah matanya agar tetap bersih dan kering untuk mengelakkan kerengsaan kulit.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!