Mitos Tentang Kucing Yang Biasa Kita Dengar - Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cattiviti

Mitos Tentang Kucing Yang Biasa Kita Dengar

Avatar
Share

Mitos berkenaan kucing telah wujud sejak sekian lama dan sering kali kita mendengar tentang mitos yang dikaitkan dengan si bulus ini. Tidak dinafikan kucing adalah haiwan yang misteri, justeru banyak kelakuan atau perkara tentang kucing yang disalah tafsir oleh manusia.

Jom kenali beberapa mitos yang sering dikaitkan dengan kucing dan sejauh manakah kebenarannya.

9 Nyawa

Ini adalah salah satu mitos yang paling popular tentang kucing. Pastinya ramai antara kita yang pernah mendengar mitos ini bukan? Ya kucing sememangnya haiwan yang ‘liat’, seringkali kita lihat atau baca mengenai kucing yang terselamat atau ok apabila jatuh dari tempat tinggi. Tetapi, jika kucing anda dijaga dengan baik sekalipun, jika sudah tiba ajalnya ia tetap akan pergi meninggalkan anda.

Kucing Tidak Bagus Untuk Ibu Mengandung

Terdapat juga kata-kata mengenai kucing yang tidak baik untuk ibu mengandung kerana boleh mengganggu kesihatan ibu dan kandungannya. Sebenarnya, kucing tidak membawa apa-apa mudarat kepada ibu mengandung dan kandungannya jika kucing anda sihat dan dijaga dengan baik.

Jika tidak, bukan ibu mengandung sahaja yang mampu dijangkiti oleh kucing, sesiapa sahaja pun akan terkesan jika kucing tersebut sakit atau tidak dijaga dengan baik. Pastikan anda menjaga kucing anda dengan baik supaya ia tidak dijangkiti penyakit yang berbahaya terutama penyakit zoonotik, iaitu penyakit-penyakit yang boleh tersebar melalui binatang.

Gerakan Ekor

Kebanyakan orang percaya bahawa kucing yang menggerak-gerakkan ekor mereka adalah tanda bahawa mereka sedang dalam keadaan gembira.

Tahukah anda, pergerakan ekor kucing adalah antara perkara yang sukar ditafsir dan boleh jadi 1001 sebab kucing anda menggerak-gerakkan ekornya. Kucing mengekspresikan diri dan kelakuan mereka melalui bahasa tubuh dan juga suara.

Jadi belajarlah bahasa tubuh kucing supaya anda mampu membina hubungan yang lebih baik dengan kucing anda.

Misai

Misai kucing merupakan alat pengimbas bagi si bulus dalam apa jua situasi. Ada yang berpendapat bahawa fungsi ini adalah mitos semata-mata.

Tetapi, menurut pakar, misai merupakan salah satu anggota yang terdapat pada tubuh kuicng yang berfungsi sebagai pengukur ketika mereka berada di dalam gelap, dan dengan misai jugalah mereka mampu untuk mengukur ruang yang sesuai dilalui oleh mereka. Misai juga bertindak sebagai pengukur keseimbangan diri mereka.

Jadi jangan sesekali memotong misai kucing anda kerana mereka boleh jadi tidak tentu arah untuk menjalani kehidupan seharian.

Kucing Takut Air

Walaupun ada kebenarannya, tidak semua kucing takutkan air. Terdapat banyak baka kucing yang gemarkan atau tidak takutkan air seperti Maine CoonTurkish AngoraJapanese BobtailAmerican BobtailManx, Norwegian Forest, American ShorthairTurkish Van dan juga Bengal.

Kucing Perlukan Susu

Pasti ramai yang berpendapat kucing memerlukan susu ketika mereka kecil. Ya betul, tetapi kucing hanya perlukan susu ibu dan tidak memerlukan susu tambahan kecuali ibu mereka sudah tiada.

Hakikatnya, kebanyakan kucing adalah ‘lactose intolerant‘ dan sukar bagi kucing menghadam susu selain susu ibu/kucing. Susu tambahan boleh mendatangkan masalah seperti cirit-birit dan obesiti kepada kucing.

Untuk kucing yang kehilangan ibu, berikan susu formula yang dirumus khas untuk kucing dan tidak perlu memberikan susu tambahan jika ia menyusu dengan ibunya.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!