Model Ini Belanja RM2,000 Sebulan Untuk Makanan Kucingnya, RM200,000 Ubah Suai Rumah - Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita

Model Ini Belanja RM2,000 Sebulan Untuk Makanan Kucingnya, RM200,000 Ubah Suai Rumah

Avatar
Share

Memiliki kucing memerlukan pengorbanan dan komitmen yang tinggi daripada segi masa, kawasan rumah, dan juga wang. Tidak keterlaluan jika mengatakan pemilik kucing menganggap kucing sebagai anak mereka.

Namun kecintaan seorang model yang berasal dari Venezuela, Veronica Perasso, terhadap kucingnya membuatkan dirinya sanggup membelanjakan lebih USD500 (kira-kira RM 2000) untuk belanja bulanan kucingnya.

Kucingnya yang diberi nama Leah itu mempunyai 25% genetik baka kucing domestik dan 75% genetik baka Serval, kucing liar yang terkenal di Afrika.

[Sumber: Instagram @leahthesavannah]

“Saya menghabiskan lebih dari USD500 sebulan untuk makanannya. Kadang-kadang lebih. Leah sama seperti saya. Ia gemarkan sushi,” jelas Veronica.

Bukan sahaja untuk makanan, Veronica juga turut membelanjakan wang untuk memastikan kesihatan kucingnya sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

“Saya pernah membelanjakan sehingga USD6,000 (sekitar RM25,000) kerana Leah patah kaki akibat melompat daripada tingkap dan memerlukan pembedahan,” katanya lagi.

[Sumber: Instagram @leahthesavannah]

Veronica juga membelanjakan sekitar USD40,000-50,000 (sekitar RM166,900-208,000) untuk mengubahsuai rumahnya menjadi ‘mesra kucing’ supaya Leah selesa tinggal di rumahnya.

Veronica turut memanjakan kucingnya itu dengan sentiasa membawanya berjalan-jalan menggunakan kereta sorong bayi.

“Saya akan menggunakan tali atau menggunakan kereta sorong bayi untuk membawanya berjalan-jalan. Ia terlalu besar untuk saya dukung.

“Ia mempunyai lebih banyak gambar dari saya. Semakin besar dirinya, semakin banyak perhatian yang diterimanya,” tambah Veronica.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!