"Nak Gaduh Ke Tak Nak?" - Video Kucing Cari Gaduh Dengan Anjing Cuit Hati Netizen Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita Pilihan Haimeow

“Nak Gaduh Ke Tak Nak?” – Video Kucing Cari Gaduh Dengan Anjing Cuit Hati Netizen

Share

Video seekor kucing yang dilihat seakan-akan sedang berfikir sama ada ingin bergaduh atau tidak dengan rakannya seekor anjing viral baru-baru ini di media sosial.

Kucing nakal yang bernama Ruto itu merenung Howie (anjing) yang sedang berehat menonton televisyen selama 30 saat sebelum bertindak menyerangnya.

Terkejut dengan serangan secara tiba-tiba oleh Ruto, Howie cuba menyerang balas tetapi kucing itu dengan pantasnya melarikan diri.

Anjing berkenaan kemudiannya dilihat terpinga-pinga selepas kejadian tersebut, mungkin kerana bingung tiba-tiba diserang oleh Ruto.

Video berkenaan dirakam dan dimuatnaik di Twitter oleh pemilik mereka dan berjaya meraih kira-kira 90,000 retweet dan 292,000 like setakat artikel ini ditulis.

Ruto dan Howie [Sumber: Twitter BeanRuto]

Walaubagaimanapun, pemilik mereka berkata bahawa kedua-dua kucing dan anjingnya itu sebenarnya adalah kawan dan sentiasa tidur bersama-sama walaupun kadang-kadang suka mengusik antara satu sama lain.

“Howie dan Ruto adalah kawan. Mereka sentiasa berpelukan dan bermain bersama-sama dan kadang-kadang mereka usik-mengusik antara mereka tetapi mereka dijaga dengan baik!” tulisnya.

Seorang pengguna turut berkongsi video telatah kucing dan anjing mereka yang seakan-akan sama seperti Ruto dan Howie.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!